wrapper

Berita Terkini

الأحد 3 شعبان 1438   |   Monday May 01 2017
Monday, 25 July 2016 00:00

WUI, IKRAM kerjasama lancar Rumah Ngaji

Rate this item
(1 Vote)

KUALA LUMPUR - Program Rumah Ngaji, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan sokongan Kumpulan Media Karangkraf menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Presidennya, Dr Parid Sheikh Ahmad berkata, IKRAM Kawasan Batu adalah cawangan pertama yang menawarkan program Rumah Ngaji kepada golongan sasaran dan masyarakat setempat. 

"Program Rumah Ngaji yang pertama dijalankan ini adalah hasil inisiatif ahli jawatankuasa cawangan IKRAM Kawasan Batu sendiri, ia antara khidmat sukarela disediakan, di samping aktiviti ilmiah yang lain.

"Dengan adanya program Rumah Ngaji ini, golongan sasaran iaitu penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berhampiran dan masyarakat setempat juga berpeluang belajar lebih mendalam tentang al-Quran, selain menguatkan lagi keperibadian Islam dengan aktiviti yang lain," katanya pada majlis Pelancaran Pusat Komuniti IKRAM Kawasan Batu dan Majlis Sambutan Aidilfitri, semalam.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Program Rumah Ngaji dan #ProjekPrihatin yang dijalankan pertubuhan itu.

Menurutnya, pengisian yang disediakan IKRAM mampu mengurangkan masalah sosial yang mengancam perjalanan kehidupan umat Islam di negara ini.

“Pembangunan manusia adalah peranan asas IKRAM yang meliputi peribadi individu, keluarga dan masyarakat. Kita ada fokus dan strategi untuk diberi pendekatan.

"Usaha yang telah dijalankan juga sedikit sebanyak mampu mengatasi masalah gejala sosial yang berlaku terutamanya kepada golongan belia," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua IKRAM Kawasan Batu, Omar Ismail berkata, Rumah Ngaji diwujudkan adalah atas keperluan masyarakat setempat.

"Alhamdulillah, program ini telah dijalankan sejak dua bulan lalu dan sambutannya amat menggalakkan daripada penuntut IPTS berhampiran dan juga penduduk setempat.

"Kita akan terus kembangkan aktiviti ini kerana melihat sendiri keperluannya kepada masyarakat yang memang berminat untuk lebih mendekati kitab suci ini," katanya.

Menurut Omar, selepas bercuti sempena Aidilfitri, program Rumah Ngaji dan aktiviti lain akan kembali berjalan seperti biasa bermula minggu pertama Ogos ini.

"Bagi aktiviti Rumah Ngaji, ia akan diadakan pada setiap Rabu hingga Jumaat bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang dan kami amat mengalu-alukan mereka yang berminat," katanya.

Sumber: Sinar Harian | 24 Julai 2016 | http://bit.ly/2a7xYyS

Read 1583 times Last modified on Monday, 25 July 2016 03:19

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd