wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 3 صفر 1439   |   Tuesday October 24 2017
Monday, 22 May 2017 00:00

Misi pertama di bumi Afrika

Rate this item
(0 votes)

  

HUMANITARIAN Care Malaysia (MyCARE) menganjurkan misi kemanusiaan Somali Land Relief Mission untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan akibat kemarau teruk di negara itu. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar, bantuan kemanusiaan Somalia itu bantuan fasa pertama hasil sumbangan rakyat Malaysia.

“Dua jenis bantuan berjaya disalurkan iaitu pek makanan dan bekalan air. Dua lori air dengan kapasiti 45 tong tiba di bandar Burao dan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Duruqsi dan Dugushi. Bekalan air itu hanya dapat bertahan dua minggu.

“Bekalan makanan juga diagihkan dan dua lori membawa muatan (300x100 kilogram) dan (350x100 kilogram) yang mengandungi beras, tepung, gula, tamar dan minyak untuk 600 keluarga bagi setiap kampung dengan setiap keluarga terdiri daripada enam hingga sembilan orang,” katanya.

Menurutnya, dalam fasa pertama ini dua kampung menerima manfaat iaitu di Duruqsi dan Dugushi. Mereka juga membantu bagi projek jangka panjang seperti perumahan sebanyak 10 unit yang dilengkapi telaga dan tangki air.

MyCARE turut melawat tempat perlindungan anak yatim Ina Mooge Orphanage Shelters dan Hargeisa International Hospital (HIH) di Hargeisa selain memberikan pemeriksaan kesihatan bagi mengatasi masalah kekurangan makanan dan penyakit di sana.

Misi pertama ke bumi Afrika itu dianggotai tujuh wakil yang diketuai Kamarul Zaman, Pengurus Projek MyCARE, Noorsyazly Rameli, Eksekutif Kanan Media MyCARE, Akmar Hisham Zulkefli, jururawat IKRAMHealth, Mohammad Rizuwan, Pegawai Perubatan IKRAMhealth, Dr Ahmad Ibrahim Ahmad Zainuddin, Koordinator dan Pengarah KL Ghaith Muhammad Fouad dan Pengerusi cawangan MyCARE Maran/Temerloh, Jalani Ludin.

“Rakyat Somalia yang kebuluran juga bertarung nyawa apabila penyakit berjangkit ketika krisis merebak seperti hepatitis, taun, cirit-birit, malaria dan demam campak.

Krisis kebuluran ini menyebabkan majoriti rakyat Somalia kekurangan zat makanan terutama kanak-kanak,” katanya.

Sumbangan rakyat Malaysia masih diperlukan dan bagi mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun CIMB 8602 135 592 atas nama Humanitarian Care Malaysia.

Sumber: Harian Metro | http://bit.ly/2rsFBtb

 

Read 795 times Last modified on Monday, 22 May 2017 09:10

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!