wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 3 صفر 1439   |   Tuesday October 24 2017

SERI KEMBANGAN - Kuliah Jumaat Wanita bakal tampil dengan konsep berbeza pada tahun ini agar lebih sesuai dengan kemampuan penganjur dan keperluan para peserta yang hadir, menurut Cik Izzan Nasuha Amran, Pengarah Kuliyyah Uhibbuk Jumaat (KUJ).

“Dengan tambahan tenaga kerja dan konsep yang baru, kami berharap agar sesi KUJ 2017 akan dapat memberikan impak yang berkesan dalam diri setiap peserta, insya-Allah,” jelasnya dalam mesyuarat pembentukan jawatankuasanya pada 6 Januari lalu.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung dengan jayanya yang dihadiri 13 orang kakitangan wanita Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) termasuk dua kakitangan yang baharu bertugas di sini.

Sebahagian ahli mesyuarat yang hadir

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Siti Hajar Abd Jalil  bermula dengan tazkirah oleh Pn Ezzah Syahira Halim yang menekankan peri pentingnya tarbiah dzatiyyah (mendidik diri) dengan hati menghadap penuh kepada Allah SWT.

"Sesungguhnya pada hati terdapat sebuah sobekan (koyak) yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah 'azza wajalla dan dalam hati juga ada kesunyian yang tidak boleh dirawati kecuali dengan bersendirian bersama Allah 'azza wajalla.”

Dalam mesyuarat tersebut, Cik Nik Khatijah Nik Mud, Pengarah KUJ 2016 secara rasminya membubarkan jawatankuasanya seterusnya diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi sesi 2017 di mana Izzan dipilih sebagai Pengarah baharu.

Kuliah Jumaat Wanita adalah program kendalian KUJ yang buat julung kali dilaksanakan pada tahun 2014, yang pada awalnya telah dipimpin oleh Cik Nur Ashikin Abdul Aziz (2014) dan Pn Siti Hajar Jinal (2015).

Last modified on Thursday, 12 January 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd