wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 30 ذو القعدة 1438   |   Wednesday August 23 2017

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menerima kunjungan daripada Biro Undang-Undang Pemuda MCA dan Gerakan pada Khamis, 23 Februari lalu di ibu pejabatnya di sini.  

Berlangsung secara terbuka dan harmoni, kunjungan pertama kali itu bertujuan untuk membina hubungan dan saling bertukar pendapat, termasuk berbincang dan memberikan pandangan tentang isu pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355).

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamarudin berkata, pertemuan tersebut merupakan sesuatu yang menarik dan beliau berharap ia dapat membina asas yang kukuh dalam pembangunan negara.

Dalam pertemuan itu, Pemuda MCA dan Gerakan turut menyatakan kebimbangan komuniti Cina berkaitan isu RUU 355 bagi memastikan ia tidak menjejaskan struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga komited untuk meneruskan perbincangan tentang isu tersebut dengan pelbagai pihak termasuk NGO-NGO Islam yang lain.

Turut bersama-sama dalam pertemuan itu Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor dan Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin.

IKRAM turut menyatakan pendirian tentang RUU 355 dalam kenyataan medianya pada tahun lalu seperti di pautan berikut: http://bit.ly/2lfwjtg

Semoga kunjungan dan pertemuan ini dapat merungkai salah faham terhadap pelbagai isu dan mengukuhkan lagi keharmonian antara kaum di Malaysia, insya-Allah.

Last modified on Monday, 27 February 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!