wrapper

Berita Terkini

الأحد 3 شعبان 1438   |   Monday May 01 2017

BACHOK - IKRAM Negeri Kelantan hari ini telah menyampaikan sejumlah sumbangan kepada seorang ahlinya yang ditimpa musibah di mana rumah dan kereta hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu, 25 Februari lalu.

Hasil sumbangan berjumlah RM10,000 berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada ahli IKRAM Bachok, Pn Siti Zaleha Hashim oleh Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad semasa lawatan kerja beliau ke Kelantan.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut Ahli JKP IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa, YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim, Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abd Rani, Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kelantan, Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek dan YDP IKRAM Bachok, Dr Othman Md Zain serta para aktivis IKRAM.

Siti Zaleha, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan juga suaminya, En. Abdul Halim Yusuf merakamkan penghargaan atas sumbangan IKRAM bagi membantu meringankan beban keluarga mereka.

 

Ucapan Presiden IKRAM dan kesan-kesan kebakaran yang dapat dilihat

Dalam ucapan ringkas  majlis penyerahan itu, Dr Mohd Parid berkata, bantu-membantu adalah satu usaha yang harus didokong oleh semua rakyat lantaran ia merupakan percikan daripada hubungan persaudaraan, hubungan kekeluargaan dan hubungan perjuangan.

Beliau memetik sebahagian firman Allah dalam surah al-Maa'idah ayat 2 yang bermaksud:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..."

Beliau menyatakan keazaman IKRAM untuk menyantuni semua segmen masyarakat sesuai dengan visinya iaitu Malaysia Menjadi Negara Rahmah.

“IKRAM berazam meluaskan santunan kepada semua ahli masyarakat dengan Misi Malaysia Menjadi Negara Rahmah, rahmatan lil 'alamin.

“Menjadi satu kewajipan kita bantu, dalam harta kita, ada hak orang lain. Kita sebagai penghantar, kita diuji Allah sejauh mana kita bersedia menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Melalui bantu-membantu, tambah Dr Mohd Parid, kita dapat merasai tanggungjawab bersama dan kita kembangkan perasaan itu kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Beliau juga menggesa ahli-ahli IKRAM supaya menjadi penyelesai masalah  dengan menyediakan kebijakan-kebijakan yang menggariskan penyelesaian kepada permasalahan umat.

“Jom kita jadi problem solver (penyelesai masalah), menyediakan kebijakan-kebijakan yang menggariskan penyelesaian kepada masalah umat.
Solusi-solusi ini adalah solusi yang patuh syariah dan ia adalah percikan daripada iman,” jelasnya.

Last modified on Friday, 17 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd