wrapper

Berita Terkini

الأحد 29 صفر 1439   |   Sunday November 19 2017

ISTANBUL - Diiktiraf sebagai NGO Malaysia yang memberi sumbangan terbesar bagi membela al-Quds, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) diundang sebagai pembentang dalam International Forum on Al-Quds Waqfs di sini pada 9 Mei lalu. 

Pengerusi MyCARE, Pof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merupakan pembentang tunggal dari Asia Timur yang menjelaskan usaha-usaha MyCARE bagi membaik pulih Baitul Maqdis dalam forum antarabangsa yang bernaung di bawah Pejabat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan itu.

“Antara kriteria pemilihan adalah kerana sumbangan melalui MyCARE dikategorikan sebagai sumbangan terbesar daripada NGO Malaysia terhadap usaha-usaha untuk memartabatkan Baitul Maqdis terutamanya Masjid al-Aqsa,” ujar MyCARE.

Menurutnya, pengiktirafan ini dipersembahkan untuk rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha-usaha kemanusiaan terutamanya dalam memperjuangkan bumi Palestin.

Dalam forum tersebut, Dr Hafidzi berkongsi usaha-usaha yang dilakukan MyCARE sejak 2015 untuk membela al-Quds melalui agensinya, Aqsa Syarif dan Rose2Rose dengan bantuan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta (USD400,000).

Tambah beliau, bantuan tersebut termasuklah membayar gaji guru-guru Masjid al-Aqsa, memperkasakan pusat komuniti wanita, latihan kewartawanan wanita, bantuan makanan dan bantuan keluarga miskin.

Tegasnya, Malaysia sentiasa komited berjuang membela Palestin dan Baitul Maqdis khususnya dan akan meneruskan usaha tersebut sehingga pembebasan tanah suci itu daripada penjajahan Zionis.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dr Hafidzi turut berpeluang menghadiahkan sendiri buku foto Women's Boat to Gaza (WBG) kepada Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim.

“Dapat juga saya merakamkan detik bersejarah ini. Dengan kawalan yang ketat, permintaan izin kami untuk menghadiahkan buku ini diperkenankan oleh pegawai-pegawai pengiringnya,” ujar Puan Zuraidah Kornain, isteri beliau melalui status facebooknya.

International Forum on Al-Quds Waqfs adalah satu forum antarabangsa bertujuan untuk memperjuangkan wakaf di bawah satu matlamat yang sama, berkongsi usaha-usaha kemanusiaan yang sedang dijalankan dan merancang membina semula Baitul Maqdis secara efektif dan sistematik.

Last modified on Tuesday, 16 May 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!