wrapper

Berita Terkini

السبت 22 المحرّم 1441   |   Saturday 21 September 2019

 

BANGI - Seminar 'Di Sebalik Redha' yang bertemakan "Memperkasa OKU Dengan Rahmah" telah berlangsung pada Sabtu, 20 Mei lalu khusus untuk para peserta Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu), seminar setengah hari ini diadakan di Dewan Perdana, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi bertujuan untuk menyantuni aspek rohani peserta OKU Muslim.

Antara objektif program ini adalah untuk mengasah serta mengukuhkan akidah para OKU dalam memandang serta menilai kelainan yang ada pada diri mereka agar memiliki pemikiran yang betul dalam ujian dan kehidupan.

Usai ucapan aluan Timbalan Pengarah PLPP Bangi, En Muhamad Zaifol Ishak, slot pertama seminar telah disampaikan oleh seorang pendakwah bebas OKU, Ustaz Mahathir Alkhobiri yang bertajuk “Apa Ada Pada Takdir Ilahi”.

Tampil positif dengan memperkenalkan diri sebagai Orang Kuat Upaya (OKU), beliau menekankan peri pentingnya para OKU bersikap redha dengan ujian yang menimpa, tidak berputus asa dan sentiasa positif dalam menghadapi kehidupan mendatang.

    

 Para peserta, Dr Akmal dan forum

 Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf: 87)

Sementara itu, Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Pemulihan Hospital Sungai Buloh, Dr. Akmal Hafizah Zamli menyampaikan topik “Situasi Seorang OKU Itu Unik” dalam slot kedua yang membicarakan keunikan dan kekuatan tersendiri OKU meskipun dilihat kekurangan tertentu dalam aspek fizikal.

Seterusnya slot forum "Antara Pasrah dan Redha" menampilkan perkongsian daripada OKU sendiri iaitu Pn. Norazlina Zakaria, yang mengalami kecederaan saraf tunjang serta En. Hazmi, yang dimoderatorkan oleh Pensyarah & Pakar Perubatan Pemulihan, Universiti Malaya Dr. Aishah Ahmad Fauzi.

Semoga seminar ini menjadi satu inisiatif yang bermakna agar peserta OKU terus positif ke hadapan dalam meneruskan hidup sebagai seorang Muslim di samping membina keyakinan diri ke arah masa depan yang lebih baik, insya-Allah.

FB: Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu

Last modified on Wednesday, 24 May 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd