wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 30 ذو القعدة 1438   |   Wednesday August 23 2017

 

SERI KEMBANGAN - "Budaya buli di sekolah mahupun dalam masyarakat sangat dikesali terutama dalam usaha Malaysia menuju status negara maju," kata Naib Presiden IKRAM, Shahrul Aman Mohd Saari. 

Beliau menambah, kita sepatutnya memainkan peranan yang lebih harmoni dan berteraskan dialog sesuai dengan masyarakat yang madani.

Malah, beliau menasihatkan kepada masyarakat Islam supaya mengambil tanggungjawab ini dengan melakukan kebaikan.

"Kepada Muslim, maka perlu memainkan peranan rahmah kepada semua; termasuk sabar, adil dan sebagainya."

Respons beliau ini berikutan kejadian buli yang semakin kerap berlaku semenjak beberapa minggu ini hingga telah mengakibatkan kematian antaranya kejadian yang menimpa Zulfarhan Osman, Pegawai Kadet Laut yang ditemui mati pada 1 Jun lalu.

Beliau dipercayai telah didera oleh rakan dengan seterika wap kerana didakwa mencuri komputer riba. Walau bagaimanapun, sehingga kini ia masih dalam siasatan pihak polis dan 36 individu telah ditahan.

"Peranan kita semua untuk membanteras budaya buli ini; pihak bertanggungjawab di universiti, tenaga pengajar, rakan mahasiswa dan semua yang terbabit.

"Jika kita senyap dan membiarkan barah ini melarat, maka sukar untuk dibendung termasuk kepada kita, keluarga dan sahabat yang kita hargai," tambah Shahrul Aman.

Last modified on Wednesday, 14 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd