wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 شوّال 1438   |   Friday July 21 2017

SERI KEMBANGAN - Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri 1438H anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah berlangsung dengan meriahnya pada Rabu, 12 Julai lalu.

Majlis yang diadakan di Dewan Utama Kompleks  IKRAM di sini bertujuan meraikan para tetamu di samping memperkukuhkan hubungan kejiranan dan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pegawai Operasi (KPO) Ibu Pejabat IKRAM, Hj Nordin Shafie dan diserikan dengan persembahan lagu raya daripada kumpulan Cut-Calory serta seterusnya ucapan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. 

    

Persembahan Cut-Calory, lagu Palestin dan perkongsian mualaf Filipina

Majlis turut diserikan dengan ucapan Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM serta beberapa orang tetamu, persembahan nasyid berbahasa Arab oleh aktivis NGO Palestin juga perkongsian kembali kepada Islam daripada mualaf Filipina.

Sekitar 250 orang tetamu pelbagai kaum yang terdiri daripada para anggota kejiranan Ibu Pejabat IKRAM, kakitangan dan wakil institusi-institusi IKRAM seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), IKRAM MUSLEH, Hidayah Centre Foundation (HCF) serta wakil pelbagai NGO, pertubuhan masyarakat madani serta ahli politik, hadir.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah raya seperti sate, nasi himpit, cendol, kek, bubur, roti jala, kuih raya termasuk hidangan makan tengah hari.

    

Antara tetamu yang hadir: Pesuruhjaya Tinggi Australia (1) dan WAMY (3)

Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Pesuruhjaya SUHAKAM, ADN Hulu Klang, YB Hj Saari Sungib, LPPKN, PIP PKS Malaysia, Dr Usman Jakfar dan Dr Pinta Pudiyanti Siregar, Pesuruhjaya Tinggi Australia, Elizabeth Le Bas dan wartawan bebas yang pernah ke Syria, Chris Lau.

Wakil NGO dan jemputan lain yang hadir antaranya Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), He-Ping Muslim Society, Muslimah Interest Zone And Networking Association Kuala Lumpur (MIZAN), Hikmah Wilayah Persekutuan (HIKMAH), DPedas FM, WAMY, Sisters in Islam (SIS), Pusat KOMAS, Bantah TPPA dan Tamil Foundation serta NGO Palestin, Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Al-Zaytouna Club for Women and Children.

    

Pelbagai kaum yang hadir

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada para tetamu yang hadir serta atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan majlis kali ini,” ujar Pengarah Program Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri, Ustaz Abd. Haris Bain.

Dalam perkembangan yang berkaitan, selain Dr Parid dan Hj Nordin, turut meraikan tetamu yang hadir iaitu Timbalan Presiden IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin, Setiausaha Agung, Hj Nahar Md Nor, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Wanita IKRAM, Pengerusi BAKIM, Ustaz Abd Haris Bain serta para kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.

Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM

“Saya berharap semoga majlis ini dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara IKRAM dengan kejiranan ibu pejabatnya serta pelbagai pihak bagi mewujudkan suasana rahmah lagi harmoni sempena Aidilfitri,” ujar Setiausaha program, Cik Siti Nur Adibah Zulkafli.

Pada majlis tersebut, para tetamu turut mengambil peluang berfoto di ruang photo booth yang disediakan.

Penghujung majlis diserikan dengan penyampaian sebuah lagu M. Nasir oleh Abu Nasim seterusnya sesi bergambar kenangan bersama kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.

Semoga majlis ini menyuburkan lagi keharmonian perhubungan antara kaum dan masyarakat di Malaysia dalam merealisasikan visi Malaysia Menjadi Negara Rahmah, insya-Allah.

Last modified on Monday, 17 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!