wrapper

Berita Terkini

الجمعة 26 شوّال 1438   |   Friday July 21 2017

SERI KEMBANGAN - Warga kakitangan Ibu Pejabat IKRAM yang pertama kali turut serta dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri 1438H pada tahun ini berasa teruja menyambut dan menyantuni tetamu daripada pelbagai kaum.

Merasakan suasana kemeriahan dan harmoni dalam berhubung dan berinteraksi dengan tetamu yang hadir, rata-ratanya berpendapat IKRAM boleh diterima oleh masyarakat pelbagai kaum.

Aqil Junaidi, 23, berkata, jamuan raya anjuran IKRAM dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) itu memperlihatkan variasi tetamu yang hadir.

"Bagi saya, jamuan raya IKRAM adalah sesuatu yang berlainan daripada kebiasaan kerana yang tetamu yang hadir adalah daripada pelbagai agama dan bangsa," kata beliau yang merupakan Penolong Eksekutif Jabatan Masyarakat Madani.

"Jamuan raya tempat lain, biasanya hanya satu bangsa yang datang dan tak ramai tetamu daripada bangsa lain. Tetapi perkara itu tidak berlaku di sini."

Malah, beliau juga tidak menyangka bahawa jaringan kenalan IKRAM begitu luas merentasi budaya.

Ini turut dipersetujui oleh Afiq Suleiman, 24, kakitangan yang baru berkhidmat sejak Jun lalu di sebagai Eksekutif Jabatan Seberang Laut.

Katanya, IKRAM telah memecahkan tembok sempadan antara manusia kerana biasanya orang hanya menjemput sahabat atau kenalan tertentu sahaja.

"Tetapi IKRAM turut menjemput jiran-jiran yang bekerja di sekitar ini walaupun selama ini kita tidak mengenali mereka," tambahnya.

    

Para pemimpin IKRAM dan Wanita IKRAM bersama tetamu pelbagai kaum

Bagi Aminah Tajul Arifin dan Sarah Azmin pula, bertugas sebagai penyambut tetamu menjadikan mereka lebih dekat untuk mengenali tetamu.

Mereka yang masing-masing kurang setahun bekerja di Ibu Pejabat IKRAM, sama-sama teruja menerima tugas khas tersebut.

"Ini kali pertama saya lihat pejabat dipenuhi oleh orang luar kerana sebelum ini, jika ada program pun cuma antara kita sahaja."

"Walau bagaimanapun, perkara ini sudah kami jangkakan kerana kita sedia maklum bahawa IKRAM ada banyak kenalan dengan agensi di luar sana," kata mereka.

Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri pada tahun ini merupakan kali ketiga diadakan di Ibu Pejabat IKRAM bertujuan memperkukuhkan hubungan kejiranan dan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain menjemput jiran-jiran di sekitar ibu pejabat, turut diundang NGO-NGO Islam, Palestin, wanita dan masyarakat madani, wakil kedutaan, agensi kerajaan serta ahli-ahli politik.

Last modified on Monday, 17 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd