wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 30 ذو القعدة 1438   |   Wednesday August 23 2017

KUALA LUMPUR - Sambutan Aidilfitri IKRAM Kawasan Batu pada tahun ini telah berlangsung semalam, sekaligus meraikan pasangan suami isteri yang baru pulang mengembara berbasikal dari Kuala Lumpur ke Mekah.

Pasangan "Kembara Memburu Hikmah" (KMH) tersebut telah pulang ke Malaysia pada 8 Julai lalu setelah menamatkan kembara 15 bulan pada 8 Jun 2017.

Menurut Yang Dipertua IKRAM Batu, Hj. Omar Ismail, sambutan tersebut diadakan bersama kerana ahli kembara, saudara Ahmad Mohd Isa merupakan ahli IKRAM Kawasan Batu.

Pasangan tersebut, Ahmad dan Noradilah Mohd Sapie, telah merentasi 14 buah negara dengan misi keamanan dan persaudaraan antarabangsa.

"Rancangan awal kami ingin mengembara, masuk ke kawasan pedalaman, mahu dekat dengan masyarakat tempatan dan kemudian kami merasakan berbasikal adalah cara yang terbaik," kata mereka.

Ahmad yang merupakan seorang arkitek dan isterinya, Noradilah merupakan seorang guru agama berkata, mereka mempunyai bajet kewangan yang sangat sedikit untuk merealisasikan impian itu.

  

Suasana majlis dan pasangan KMH bersama sijil penghargaan dan cenderahati

"Pada awalnya bajet kami sangat besar tetapi terpaksa dikurangkan dan kami hanya mempunyai RM3,000 untuk memulakan kembara ini."

Tambahnya, ia adalah untuk pembangunan aplikasi yang akan dibangunkan untuk masa hadapan bagi memudahkan kerja penyaluran bantuan kemanusiaan.

"Kami pergi ke masjid-masjid sepanjang perjalanan ke semua negara untuk membina satu rangkaian yang akan digunakan untuk membuat aplikasi teknologi nanti."

Mereka turut bekerjasama dengan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi menyalurkan data masyarakat tempatan di negara yang mereka lalui.

Pasangan tersebut ditemui dalam majlis Sambutan Aidilfitri tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa tokoh politik serta NGO tempatan.

Dalam majlis yang sama, IKRAM Batu turut menyalurkan sumbangan kepada Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Rumah Kebajikan An-Nasuha dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).

Diadakan di Pusat Komuniti IKRAM Batu, turut hadir menyerikan majlis Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua dan Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof. Dr. Hj Sahrim Ahmad.

Foto: FB IKRAM Batu

Last modified on Monday, 17 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!