wrapper

Berita Terkini

الجمعة 1 المحرّم 1439   |   Friday September 22 2017

GOMBAK - “Salah faham yang ketara para belia khususnya yang beragama Islam tentang maksud jihad yang sebenar merupakan antara faktor utama yang menyumbang penglibatan besar belia dalam kegiatan keganasan,” ucap Presiden ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Malaysia, Dr. Nur Aisyah Zainordin.

Katanya, antara punca utama keterlibatan belia dalam aktiviti keganasan adalah disebabkan sikap para belia itu sendiri.

“Antara punca utama penyertaan para belia dalam kegiatan keganasan adalah akibat daripada sikap mereka yang ingin melarikan diri daripada masalah dan realiti kehidupan dunia yang sukar dan menghimpit seperti kemiskinan, ketidakadilan dan keruntuhan institusi keluarga.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media Diskusi Meja Bulat bertemakan “Belia Menentang Keganasan” bertajuk “Usaha Kerjasama Dalam Menentang Keganasan di Peringkat ASEAN” di Dewan Zabedah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, belia menjadi sasaran utama oleh organisasi keganasan peringkat antarabangsa kerana mereka mudah terpedaya dengan perjuangan yang berasaskan sentimen agama, kaum dan etnik.

”Kebanyakan yang terlibat adalah ‘ignorant’ dan kurang akses kepada pendidikan kerana itu mereka bergantung kepada siapa yang mengajak mereka tanpa berfikir dengan lebih baik.”

Wakil AYLF Singapura, Md. Hairudin Abd. Hamid turut menyampaikan pandangan yang sama dalam isu ini.

Beliau berkata, semangat anak muda ingin berjuang akhirnya mengakibatkan mereka membuat keputusan yang salah.

“Mereka melihat kegagalan kerajaan dan antarabangsa melakukan apa-apa terhadap penindasan yang berlaku kerana kurang pemahaman dan salah tafsir terhadap undang-undang antarabangsa, jadi mereka mengambil keputusan sendiri.”

Sidang media turut menyaksikan majlis menandatangi deklarasi AYLF untuk menolak sebarang usaha merekrut pengganas daripada kalangan belia.

AYLF seterusnya mengajak para belia seluruh ASEAN khususnya untuk bersama-sama menjayakan kempen belia menentang keganasan, menganjurkan program kesedaran dan bina diri, mempelajari ilmu agama daripada sumber yang betul dan dipercayai, serta membangunkan sebuah rantau ASEAN yang aman, tenteram dan sifar keganasan.

Tambah Nur Aisyah, AYLF bersedia untuk bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi dan sekolah dalam menjayakan kempen belia menentang keganasan.

Diskusi Meja Bulat tersebut menampilkan Prof. Dr. Abdul Razak Ahmad, Dr. Maszlee Malik, Ahmad El Muhammady dan Dr. H. Arya Sandhiyudha sebagai pembentang.

Last modified on Monday, 11 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd