wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 3 صفر 1439   |   Tuesday October 24 2017

KUALA LUMPUR - Majlis sambutan Pesta Tanglung telah diadakan oleh Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) dengan kerjasama IKRAM Kawasan Batu dan Masjid Al-Amaniah Kepong pada Sabtu, 7 Oktober lalu di sini.

Sambutan ini bertujuan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat setempat serta merakyatkan masjid sebagai pusat komuniti pelbagai kaum.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (al-Hujuraat: 13)

Khairul Anuar Kamaruddin, Timbalan Yang Dipertua IKRAM Batu ketika menyampaikan ucapan pembukaan mengupas mengenai tujuan manusia diciptakan berbeza adalah untuk berkenalan sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tersebut.

Memetik ayat tersebut, beliau turut menekankan bahawa semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya, bukan keturunan atau bangsanya.

    

Ucapan pembukaan, demo mi tarik dan melepaskan tanglung

Khairul Anuar turut berkongsi mengenai Islam sebagai agama wacana sebagaimana yang dijelaskan dalam surah an-Nahl ayat 125.

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk,” jelasnya.

Masyarakat setempat termasuk kaum Cina, ahli kariah dan ahli-ahli IKRAM telah mengikuti acara sambutan antaranya demonstrasi membuat mi tarik, menyalakan tanglung mini dan melepaskan tanglung terbang.

Majlis sambutan turut diserikan dengan pameran mengenai Islam oleh Hidayah Centre Foundation dan kehadiran Pengerusi MACMA Kuala Lumpur, Dr. Ann Wan Seng.

“Semoga lebih banyak lagi program-program silang budaya seperti ini yang akan dianjurkan pada masa hadapan.”

Last modified on Wednesday, 11 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd