wrapper

Berita Terkini

الأحد 29 صفر 1439   |   Sunday November 19 2017

KUALA LUMPUR - Seramai 1,000 orang menyertai larian Love Myself Run 2017 yang diadakan di Padang Merbok semalam yang terdiri daripada pelbagai lapisan masarakat sebagai tanda sokongan kempen Love Myself oleh Malaysians Against Pornography (MAP).

Menurut pengarah program, Dr. Shamsuriani Md Jamal, larian dengan tema 'Bahagia Tanpa Pornografi' ini dilihat mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan kesedaran semua golongan masyarakat mengenai bahaya pornografi.

“Kami mengharapkan dengan larian ini, masyarakat mendapat lebih kesedaran tentang pornografi. Secara peribadi saya rasa mencapai target, kerana kebanyakan mereka yang datang pada hari ini adalah golongan remaja, pelajar universiti, golongan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka dan juga golongan orang tua yang prihatin."

"Sekiranya sebelum ini mereka tidak pernah mendengar tentang bahaya pornografi, atau apakah itu bahagia tanpa pornografi, saya berharap dengan larian ini, tertanam kesedaran dalam minda mereka bahawa pornografi itu salah, (ia) bukanlah sesuatu yang boleh dipilih untuk dibuat atau tidak,” katanya di sini selepas acara larian tamat.

Love Myself Run yang bermula 6.30 pagi hingga 9.45 pagi adalah anjuran bersama MAP, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Yayasan Pendidikan Khalifah dengan tajaan daripada 18 penaja.

Kempen kesedaran bahaya pornografi ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2013 dengan jenama Mawar Putih, kemudian dikembangkan menjadi Mothers Against Pornography.

Kempen MAP dilancarkan di peringkat nasional pada tahun 2015 dan kemudiannya dikembangkan penglibatan kepada semua lapisan masyarakat dengan jenama Malaysians Against Pornography.

Kempen Love Myself telah bermula pada bulan Julai lalu dengan pertandingan mencipta video 'Diri Saya Hak Saya', disusuli dengan pertandingan mencipta poster 'Bijak Dunia Siber' pada bulan Ogos dan pertandingan penulisan kreatif 'Bahagia Tanpa Pornografi' pada bulan September baru-baru ini serta kemuncaknya adalah larian Love Myself Run.

MAP telah mewujudkan ‘Free Online Courses’ yang dibina sejak awal lagi untuk memberi pendidikan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat, hak peribadi diri, bijak dunia siber, dan juga bahagia tanpa pornografi yang memberitahu tentang kesan-kesan dan bahaya pornografi itu sendiri.

"MAP akan meneruskan rancangan program-program bersifat kemasyarakatan pada tahun-tahun yang akan datang. Sehingga November tahun ini, telah disusun aktiviti di sekolah-sekolah untuk mengajar kanak-kanak di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah tentang isu ini."

Last modified on Monday, 23 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd