wrapper

Berita Terkini

الأحد 29 صفر 1439   |   Sunday November 19 2017

SERI KEMBANGAN - Telegram popular '1 Hari 1 Hadis' oleh IKRAM Johor kini boleh dibaca dalam versi Bahasa Inggeris melalui pelancaran Telegram 'A Hadith A Day' semalam.

Menurut Yang Dipertua IKRAM Selangor, Hj. Norazmi Mat Noh, Telegram hadis ini merupakan hasil inisiatif Asatizah Muda IKRAM Selangor dengan kerjasama kumpulan Pedants sebagai penterjemah dan operator saluran tersebut.

Pedants merupakan kumpulan anak muda IKRAM di bawah kelolaan Dr. Daniel Iqram yang mempunyai minat dalam penulisan Bahasa Inggeris.

Jelasnya, saluran hadis tersebut bertujuan untuk mencapai audiens dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim yang menggunakan medium Bahasa Inggeris sekali gus manjadi bahan dakwah untuk mereka.

"Bayangkan capaiannya satu dunia," kata beliau.

Tambahnya, beliau sememangnya menginginkan agar Asatizah Muda IKRAM Selangor meneroka bidang yang luar daripada tradisi.

"Dan mereka engage dengan orang muda yang minat dan fasih Bahasa Inggeris (Pedants)."

Untuk menyertai saluran Telegram hadis berbahasa Inggeris, sila klik pautan https://t.me/ahadithadayAHAD atau saluran Bahasa Melayu di pautan https://t.me/hadisharian_ikram.

Last modified on Monday, 13 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!