wrapper

Berita Terkini

السبت 5 شعبان 1439   |   Saturday April 21 2018

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digesa untuk memboikot lima syarikat yang secara jelas menyokong Israel iaitu Caterpillar, Hyundai Heavy Industries (HHI), Hewlett Packard (HP), G4S dan Ahava.

Menurut Pengerusi Boycott, divestment & Sanction (BDS) Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail, Caterpillar dan HHI adalah pembekal jentera berat yang memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin dan untuk pembinaan penempatan haram Israel.

“HP adalah pembekal teknologi IT dan komputer kepada tentera, polis dan penjara Israel.”

Tambahnya, G4S pula menjadi pembekal teknologi keselamatan kepada tentera, polis dan penjara Israel manakala Ahava adalah syarikat kosmetik yang mengaut keuntungan daripada mineral yang dicuri dari Laut Mati, kawasan milik Palestin yang dirampas secara haram sejak tahun 1967.

Jelasnya, memboikot syarikat-syarikat seperti McDonald's bukan keutamaan untuk pergerakan BDS pada peringkat ini.

“Kami menumpukan kepada syarikat-syarikat yang memainkan peranan yang jelas dan langsung dalam membantu Israel melanggar undang-undang antarabangsa juga syarikat-syarikat yang dirasakan akan terkesan dengan usaha kita."

Senarai penuh syarikat-syarikat yang menjadi sasaran BDS boleh dilihat di sini: http://bdslist.org/full-list/

Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Amerika untuk mengiktiraf Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya ke bandar tersebut.

“Keputusan ini membuktikan sekali lagi bahawa kerajaan Amerika tidak berminat untuk bersikap adil dalam isu konflik di Timur Tengah.”

Kata Nazari, Israel sebelum ini telah mengumumkan bahawa seluruh Jerusalem sebagai ibu negaranya walaupun ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Bahkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi 478 pada tahun 1980 telah mengisytiharkan bahawa keputusan Israel adalah tidak sah (null and void).”

“Dalam kata lain, PBB masih mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai kawasan milik rakyat Palestin yang diduduki secara tidak sah oleh Israel.”

Informasi lima jenama yang diboikot menurut kajian Aqsa Syarif

1. HP

HP atau Hewlett Packard mendakwa mereka syarikat yang terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial tetapi sebenarnya terlibat dalam penindasan bersistematik di seluruh dunia.

Di Palestin, HP bertanggungjawab menyediakan teknologi yang membolehkan penjajahan, pendudukan haram, sekatan, pengusiran, pemenjaraan, kurungan dan pelbagai lagi bentuk penindasan terus berlaku.

HP bersalah kerana membekalkan aset-aset IT yang penting untuk tentera darat dan laut Zionis Israel untuk mengepung Gaza. Sistem kepungan ini menghadkan barangan masuk keluar di Gaza.

HP juga memberi khidmat sistem sekuriti berteknologi kepada penjara-penjara Zionis Israel yang semua sedia maklum bahawa kanak-kanak di bawah umur juga turut dipenjara.

Selain itu, HP bertanggungjawab membekalkan sistem teknologi di checkpoint, tembok dan kad pengenalan aparteid. Sistem ini menyukarkan petani Palestin untuk ke ladang mereka, pelajar ke sekolah dan lain-lain.

2. G4S

Mungkin ramai tidak pernah dengar apa itu syarikat G4S. Di Malaysia, van-van G4S sering kelihatan di atas jalanraya ataupun di bank atau mesin ATM.

G4S adalah syarikat keselamatan terbesar di dunia membantu sistem penjara Israel, terlibat dalam penyediaan peralatan dan perkhidmatan kepada pusat pemeriksaan tentera Israel, tempok aparteid, penempatan haram, bangunan tentera dan polis.

Seperti HP, G4S mengaut keuntungan dengan menjalankan perniagaan dengan Zionis Israel.

Gerakan BDS Ecuador mencapai kejayaan pertama apabila satu institut penyelidikan, International Center for Advanced Studies in Communications for Latin America (CIESPAL) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama syarikat sekuriti G4S setelah mendapat pendedahan mengenai penglibatan G4S di dalam membantu Zionis Israel.

Syarikat G4S pernah mengumumkan pada Disember 2016 bahawa mereka merancang menamatkan semua perniagaan dengan Israel dalam masa 12 hingga 24 bulan akan datang, maksudnya pada akhir tahun ini atau tahun 2018.

Jika ia berlaku, rakyat Palestin mengatakan pengumuman ini sebagai kemenangan besar hasil boikot BDS. Sejak 2010, G4S telah kehilangan kontrak bernilai jutaan dolar sebagai hasil daripada kempen-kempen boikot.

Info lanjut tentang sumbangan G4S kepada Israel boleh dirujuk di pautan https://www.whoprofits.org/company/g4s-israel-hashmira

3 & 4. CATERPILLAR & HYUNDAI HEAVY INDUSTRIES

Satu lagi syarikat yang menjadi sasaran boycott di peringkat Global ialah syarikat Caterpillar dan Hyundai Heavy Industries (HHI) yang membuat jentolak.

Caterpillar adalah senjata paling 'destructive' yang digunakan oleh Israel untuk merobohkan puluhan ribu rumah rakyat Palestin.

Jentolak raksasa D-9 dan D-11 lebih merbahaya dari jet pejuang F-18 kerana ia digunakan untuk merobohkan seluruh kawasan perumahan Palestin untuk dibina penempatan baru Israel.

Seperti yang kita lihat dalam peta dari tahun ke tahun, tanah milik Palestin semakin mengecil akibat tindakan ini.

Pasti kita ingat peristiwa tahun 2003. Jentera Caterpillar telah membunuh seorang aktivis berbangsa Amerika, Rachel Corrie ketika mempertahankan sebuah rumah milik rakyat Palestin dari dirobohkan.

Lapan orang rakyat Palestin juga terkorban ketika rumah mereka diroboh tentera Zionis pada tahun 2002.

Di Malaysia, Sime Darby merupakan pengedar jentera pembinaan Caterpillar.

Orang awam yang mempunyai kereta jenama Hyundai tidak perlu risau kerana menurut BDS Korea, pengeluar kererta Hyundai berbeza dengan syarikat Hyundai Heavy Industries.

5. AHAVA

Produk kecantikan ini menjanjikan “Beauty Secrets from the Dead Sea.” tetapi menyembunyikan 'the ugly truth' kepada anda. Produk-produk Ahava dibuat menggunakan sumber asli bumi Palestin yang dirompak.

Penempatan haram Yahudi di Mitzpe Shalem, Tebing Barat adalah tempat di mana produk-produk Ahava dihasilkan.

Menurut Lazada.com [Prohibited Brands], Ahava dilarang dijual di platform online tersebut tetapi anda boleh mendapatinya di Lazada Malaysia.

(https://www.lazada.com/documents/CB%20Prohibited%20Brands.xlsx)

Gerakan Codepink antara jaguh dalam mempelopori boikot Ahava. Layari http://www.stolenbeauty.org/ yang dibuat khas untuk memboikot produk Ahava.

Pada tahun 2011, Ahava telah menutup satu retailnya di London akibat tekanan boikot yang sangat kuat. Selepas tujuh tahun perjuangan boikot Ahava, akhirnya syarikat tersebut mengumumkan untuk memindahkan kilang mereka.

Walaupun begitu, boikot akan diteruskan sehingga Ahava di penempatan haram ditutup sepenuhnya.

BDS: Israel kerugian USD4.7 bilion setahun

Menurut BDS, Israel telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar, cybertrooper yang ramai dan usaha membawa BDS ke mahkamah.

Gabenor New York, Andrew M. Cuomo telah mengharamkan gerakan BDS di New York. BDS berjaya membuatkan syarikat telekomunikasi gergasi, Orange untuk menarik khidmat mereka terhadap tentera Zionis Israel.

Syarikat multinasional CRH juga menarik diri daripada memberi khidmat kepada Zionis Israel.

Di Sepanyol, beberapa majlis bandar telah mengumumkan bandar mereka sebagai "Kawasan Bebas Aparteid Israel". Ratusan para akademik di Brazil dan Itali pula menyertai boikot akademik terhadap Israel.

Suara BDS juga kedengaran sehingga di Anugerah Oscar. Penerima-penerima anugerah Oscar mendapat peluang satu trip ke Israel dengan beberapa pakej yang dipropagandakan oleh Israel tetapi telah ditolak oleh mereka.

Benjamin Netanyahu telah mengumumkan perang terhadap gerakan BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) kerana gerakan boikot ini mengakibatkan Israel kerugian USD4.7 bilion setahun.

Ibu negara Iceland, Reykjavík telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang produk buatan Israel lagi sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Last modified on Wednesday, 13 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!