Print this page

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM, Prof. Madya Hj. Badlishah Sham Baharin menyatakan, asas perjuangan Lim Lian Geok ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ dan bukannya ‘Hidup Harmoni’ ataupun perkataan lain mengandungi mesej yang penting.

“Ini menunjukkan bahawa Lim Lian Geok jelas menyedari bahawa sebagai masyarakat berbilang kaum, kerana kita hidup bersama, kita mesti hidup berbilang dan makmur bersama," jelasnya dalam satu forum membincangkan jiwa dan asas perjuangan tokoh pendidikan Cina itu dalam perspektif pelbagai kaum.

Selain beliau, forum pada 9 Disember lalu anjuran LLG Cultural Development Centre itu turut menampilkan Presiden LLG, Lau Chee Boon, CEO LLG Yew Lee Fung, Pengarah LLG, Tan Yoke Suan dan Presiden Tamil Foundation, Raghavan Annamalai.

Tambah Badlishah, Lim Lian Geok tidak memilih untuk menggunakan perkataan ‘harmoni’ atau ‘aman’ kerana dia berharap kita semua saling mempereratkan hubungan antara satu sama lain dan bersama-sama melakukan kemajuan.

Menurut beliau, istilah ‘kemakmuran’ sangat penting dalam perbendaharaan Bahasa Melayu merangkumi keamanan, kemajuan, pertumbuhan bersama serta penggabungan budaya.

Sejak merdeka, aliran pendidikan Cina dan Tamil telah menghadapi keadaan yang mencabar dan pada masa itu, Lim Lian Geok telah ke hadapan mempertahankan pendidikan ibunda, memperjuangkan keadilan bahasa dan bangsa serta memperkenalkan konsep ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’.

Sumber & Foto: Oriental Daily

Last modified on Wednesday, 20 December 2017
DMC Firewall is a Joomla Security extension!