wrapper

Berita Terkini

الإثنين 17 المحرّم 1441   |   Monday 16 September 2019

TAIPEI - Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih 2.0) telah menerima Anugerah Demokrasi & Hak Asasi Manusia Asia ke-12 oleh Taiwan Foundation for Democracy (TFD) pada 10 Disember lalu.

Anugerah bersama hadiah berjumlah USD100,000 disampaikan kepada Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah oleh Speaker Legislatif, Su Jia-chyuan merangkap Pengerusi TFD.

Maria dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada TFD atas keyakinannya terhadap Bersih 2.0 dan anugerah ini merupakan satu penghormatan kepada rakyat Malaysia yang memerangi sistem politik yang dibina atas keganasan, perkauman, ekstremisme dan penindasan.

Menurutnya, Bersih 2.0 telah membantu meningkatkan jumlah yang mengundi kepada 85 peratus pada 2013 sambil menambah bahawa rakyat Malaysia akan terus berjuang melakukan reformasi institusi.

“Anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap perjuangan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.”

Su Jia-chyuan dalam ucapannya berkata, pilihan raya yang adil dan bersih adalah dasar demokrasi yang kukuh dan satu opik perdebatan di setiap negara.

"Kami berharap anugerah ini akan menggalakkan mereka (rakyat Malaysia) untuk terus berjuang dalam demokrasi dan menjadi penunjuk kepada pilihan raya adil di Asia," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Hj. Shahrul Aman Mohd Saari dan Pengurus Bersih 2.0, Mandeep Singh.

Bersih ditubuhkan pada 2006 oleh parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan matlamat untuk memperjuangkan reformasi pilihan raya.

Ia dilancarkan semula pada tahun 2009 sebagai Bersih 2.0 oleh 93 NGO dengan agenda yang lebih luas iaitu memantau semua aspek dalam jurang politik dan mewakili kepelbagaian masyarakat madani di Malaysia.

  

Hadiah Gwangju dan The Civil Society Award

Pada tahun lalu, perjuangan Bersih 2.0 turut mendapat pengiktirafan dengan menerima anugerah Hadiah Gwangju untuk Hak Asasi Manusia Korea Selatan oleh May 18 Memorial Foundation.

Terbaru, sebuah pasukan mengkaji dan membantah persempadanan semula, Delineation Action & Research Team (DART) inisiatif Bersih 2.0 dan Engage telah memenangi anugerah The Civil Society Award 2017 pada 12 Disember lalu semasa majlis Award Presentation Ceremony & Dinner anjuran KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Sumber: Taiwan Today & Taipei Times

Last modified on Wednesday, 20 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!