wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 6 صفر 1440   |   Wednesday October 17 2018

KUALA LUMPUR - "Kehidupan saya sukar, pelbagai ujian. Namun saya kuatkan diri, sentiasa positif kepada Allah," luah Pakcik Yusuf atau nama asalnya Peter Joseph.

Beliau turut menyatakan kesyukurannya ketika menyambut ziarah oleh Kluster Dakwah dan Tarbiah, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).

Sesi ziarah ini dilaksanakan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) secara bersiri, bertujuan menyantuni saudara baru di samping menghulurkan bantuan kepada mereka.

Dalam kesempatan tersebut, wakil yang hadir turut mendengar luahan cabaran-cabaran yang dilalui golongan saudara baru ini, khususnya yang berlatarbelakangkan golongan susah.

"Mereka berdepan pelbagai ujian; ditinggalkan isteri, kaki terpaksa dipotong atas faktor penyakit sehingga memaksa untuk memandu kereta transisi manual hanya dengan satu kaki, anak-anak yang hanya mencarinya apabila susah," kongsi saudara Tengku Muhammad Ibrahim Salahuddin, wakil HARMONI.

"Segalanya memberi ingatan kepada kita untuk terus bersyukur atas kurniaan hidayah dan cakna kepada yang memerlukan," sambung beliau lagi.

Dalam sesi ziarah tersebut, saudara baru menerima sumbangan berupa makanan asas dan sumbangan kewangan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan khusus kepada saudara baru, boleh disalurkan kepada akaun Bank Islam atas nama Belia Harmoni Resources (Nombor akaun: 14041010089919) dengan menggunakan rujukan 'HidayahAid".

Maklumat lanjut boleh hubungi Kluster Dakwah dan Tarbiyah HARMONI, saudara Ammar, di talian 019-4768918.

Last modified on Tuesday, 16 January 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!