wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 المحرّم 1440   |   Tuesday September 25 2018

SERI KEMBANGAN - Gerakan Boycott, Divesment & Sanction (BDS) Malaysia menyifatkan kegiatan ziarah ke Baitulmaqdis yang digemari rakyat Malaysia, akan lebih menguntungkan rejim Zionis Israel untuk jangka masa panjang.

"Walaupun ada golongan Palestin yang akan mendapat manfaat daripada lawatan tersebut (seperti pemilik kedai dan pembantu pelancong), namun secara umum dan jangka panjang, ia akan lebih menguntungkan rejim Zionis Israel yang mahu mewujudkan normalisasi hubungan di antara Israel dan negara lain."

"BDS ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan lawatan tersebut," tegasnya dengan menambah, ziarah tersebut tidak membantu dalam usaha memboikot negara Israel.

Jelasnya lagi, semua pelawat ke Baitulmaqdis mesti mengisi borang imigresen Israel dan Israel akan menggunakan trend kemasukan pelawat ke kawasan di bawah kawalannya sebagai bukti bahawa negara Israel (yang bagi mereka adalah termasuk Tebing Barat) adalah aman dan terkawal.

"Israel akan dengan bangga mengumumkan kepada dunia bahawa pelancongan ke Israel telah meningkat dan akan menggalakkan lebih ramai orang asing menziarahi Baitulmaqdis untuk menaikkan imej Israel."

Oleh itu, jelas BDS Malaysia, pihaknya bersetuju dengan pendirian gerakan BDS antarabangsa yang menyatakan bahawa hanya rakyat Palestin yang wajar menziarahi Baitulmaqdis (termasuk Masjid Al-Aqsa). Semua warga negara lain adalah tidak wajar menziarahi Baitul Maqdis dan mana-mana kawasan di bawah kawalan rejim Zionis Israel.

"Pengecualian hanya diberikan kepada individu atau kumpulan yang boleh membuktikan bahawa lawatan mereka akan memberikan keuntungan secara langsung kepada gerakan anti Israel contohnya wartawan yang masuk untuk melaporkan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin."

Tambah BDS Malaysia, pendirian ini adalah selaras dengan fatwa ulama Islam yang terkenal di dunia termasuk Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang berpendapat bahawa selagi Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa adalah di bawah kawalan rejim Zionis Israel, menziarahinya adalah dilarang kerana hanya akan memberikan keuntungan dalam pelbagai segi kepada Israel.

Sumber: BDS Malaysia | Kredit foto: The Telegraph

Last modified on Monday, 22 January 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!