wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 المحرّم 1440   |   Tuesday September 25 2018

KUALA LUMPUR - Wakil NGO mendesak supaya kerajaan memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat untuk menjamin ketelusan pentadbiran bagi melengkapi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ketua Pegawai Eksekutif C4 Centre, Cynthia Gabriel berkata, rakyat perlu mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat di semua peringkat kerajaan tempatan, negeri dan pusat.

“Jika ada sesuatu projek baru di sebelah rumah anda, anda tidak akan mendapat apa-apa maklumat mengenainya. Tetapi anda perlukan maklumat tentang projek tersebut.”

“Ini sangat penting untuk menjamin ketelusan kerajaan, malangnya ia tidak boleh diakses kerana OSA.”

Beliau berkata demikian ketika menjadi pembentang dalam sidang meja bulat bertajuk “Defining Moment for Malaysia: Malaysia at Crossroads (Integrity & Competent Leadership)” anjuran Jawatankuasa Unity In Diversity (UID) Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Meskipun memuji usaha kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang telah memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat, beliau melihat masih terdapat kes-kes tertentu yang mencurigakan kerana ada dokumen yang tidak boleh diakses dengan alasan tidak munasabah.

Katanya, rakyat perlu diberikan kuasa untuk memeriksa ketelusan dan mendesak untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik.

“Ini adalah sebahagian daripada hak kebebasan untuk bersuara,” tambahnya.

Sidang itu turut menampilkan Pengerusi UID GBM, Prof. Madya Hj Badlishah Sham Baharin sebagai moderator dan Pengerusi Oriental Hearts and Minds Study Institute (OHMSI), KJ John sebagai pencelah (intervenor).

Last modified on Thursday, 08 February 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd