wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 11 ربيع الثاني 1440   |   Tuesday December 18 2018


AMPANG - Seramai 10 orang aktivis dari Malaysia telah disenarai pendek untuk mengambil bahagian dalam misi flotila antarabangsa ke Gaza yang lebih besar iaitu "Right to a Just Future for Palestine" bermula Mei 2018.

"Bot al-Awda telah pun berlepas dari Bergen, Norway pada 30 April baru-baru ini. Pelayaran ini dijangka akan mengambil masa sekitar dua bulan setengah untuk sampai ke pantai Gaza," kata Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dalam sidang media pada Isnin lalu.

Menurut beliau, bot tersebut akan berlayar dari Norway ke arah Denmark, kemudian ke pelabuhan di Jerman sebelum berlayar melalui Selat Inggeris dan masuk ke lautan yang lebih besar.

Misi flotila memecah kepungan Gaza pada kali ini akan disertai oleh Dr Fauziah Hassan, Pn Norsham Abu Bakar, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Prof. Dr Mohd Nazari Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, Sdr Zool Fadli Hamzah, Sdr Muhammad Aiman Mohd Zin, Pn Mas Ahmah Jonid, Sdr Muaz bin Ruslan dan Dr Yusri Musa.

Disertai oleh anggota misi dari 10 buah negara melalui lebih 10 buah pelabuhan, pelayaran aktivis Malaysia akan bermula pada 20 Mei ini, bermula dari Copenhagen, Denmark.

"Flotila yang membawa harapan masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penindasan Zionis Israel ini dijangka tiba di Gaza pada pertengahan Julai," jelas Dr Hafidzi.

Tambahnya, misi pelayaran anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) ini disertai oleh beberapa ahlinya iaitu Ship to Gaza Norway, Canadian Boat to Gaza, Ship to Gaza Sweden, Rumbo a Gaza Spain dan MyCARE.

Pelayaran yang disertai aktivis Malaysia dijangka akan bermula pada 20 Mei ini, bermula dari Copenhagen, Denmark.

Misi flotila ke Gaza ini merupakan kali ketiga disertai rakyat Malaysia selepas misi Mavi Marmara pada tahun 2010 dan Women's Boat to Gaza pada 2016.

Last modified on Wednesday, 16 May 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd