wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 6 شوّال 1439   |   Wednesday June 20 2018


GAZA - Wakil tunggal MyCARE, Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE telah terpilih sebagai salah seorang ahli delegasi misi antarabangsa Miles of Smiles (MoS) yang berjaya memasuki Gaza pada 8 Jun lalu.

Beliau telah diberikan kebenaran masuk selepas melalui 13 jam perjalanan dari Kaherah, melepasi belasan pemeriksaan checkpoint tentera Mesir dan menunggu hampir enam jam di pintu sempadan Rafah.

Merupakan misi ke-20 Aqsa Syarif dan MyCARE ke Gaza, misi kali ini mempunyai signifikan yang besar berikutan beberapa siri pembunuhan ke atas penduduk Gaza yang berhimpun secara aman di sempadan Gaza-Israel oleh rejim Zionis Israel sejak 30 Mac 2018.

“Justeru, kami namakan misi kali ini sebagai ‘Aqsa2Gaza20 (A2G20): Operasi Badar 2.0’ bagi meneruskan kesinambungan ‘Operasi Badar 2014’ yang kami lancarkan selepas serangan besar-besaran ke atas Gaza pada bulan Ramadan tahun 2014,” ujar Aqsa Syarif dalam laman Facebooknya.

Antara aktiviti beliau di sana ialah memantau penyaluran sumbangan rakyat Malaysia untuk projek MyRamadan 2018 dan mengaudit projek-projek yang dilaksanakan oleh Pejabat MyCARE Gaza.

Selain itu, beliau juga menziarahi keluarga almarhumah Razan Al-Najjar, sukarelawan MyCARE yang terkorban dalam himpunan Great Return March pada  1 Jun lalu serta menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga almarhum Dr Fadi Al-Batsh.

Dr Mohd Zin turut berkesempatan menyertai Perhimpunan The Great Return March di sempadan Gaza di timur Shujaiyah dan di Khanyounis selepas menunaikan solat Jumaat.

“Beliau bahkan diberi penghormatan untuk berucap mewakili rakyat Malaysia di hadapan ribuan rakyat Gaza dalam perhimpunan di Khanyounis, tempat Razan an-Najjar dibunuh.”

Semasa perhimpunan, jelas kelihatan tentera-tentera Israel sedang mengawal ketat kawasan sempadan. Sejak Perhimpunan The Great Return March dimulakan pada 30 Mac 2018 yang lalu, lebih 200 orang telah terkorban dan 11,000 orang cedera.

Dr Mohd Zin juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama-sama pasukan perubatan dan sukarelawan yang bertugas serta mendengar kisah-kisah mereka yang menyayat hati semasa bertugas sejak 30 Mac lalu termasuk kehilangan Razan an-Najjar di hadapan mata mereka sendiri.

Teruskan menghulur bantuan anda kepada rakyat Palestin di bulan Ramadan ini: www.billplz.com/myramadan

Last modified on Wednesday, 13 June 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!