wrapper

Berita Terkini

السبت 10 ربيع الأوّل 1440   |   Saturday November 17 2018


BANGI - Seminar Keibubapaan Rahmah (SKR) bertemakan “Bicara Terbuka, Anak Terpelihara” telah berlangsung pada 21 Oktober lalu di Auditorium Perpustakaan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya di sini.

Seminar ini dianjurkan Wanita IKRAM Negeri Selangor dengan kerjasama PELITAWANIS Cawangan UNITEN-YTN, Pusat Islam UNITEN, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) UNITEN, Kelab Kilat UNITY,  Malaysians Against Pornography (MAP) dan Wanita IKRAM Kawasan Sepang, Hulu Langat, Kajang dan Bandar Baru Bangi.

Naib Canselor UNITEN, Dato’ Profesor Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha telah merasmikan seminar setengah hari yang telah dihadiri seramai 208 peserta dari sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Ucaptama yang bertajuk “Kesihatan Seksual dan Reproduktif (KSR) untuk anak-anak: Apa peranan ibu bapa” telah disampaikan oleh Pakar Sakit Puan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Dr Harlina Halizah Siraj.

“Ucaptama ini telah memberi pendedahan, bimbingan, pencerahan serta kesedaran kepada  lapisan masyarakat sama ada ibu bapa, guru-guru dan anak-anak,” ujar Pengarah Seminar, Prof Madya Dr Norhasmah Sulaiman.

Jelasnya lagi, kesedaran tersebut penting supaya masyarakat lebih terbuka untuk membicarakan perihal kesihatan seksual dan reproduktif agar kehidupan anak-anak lebih teratur dan selamat daripada gejala sosial yang tidak sihat.

Seminar ini telah dijayakan dengan sesi forum yang dikendalikan oleh Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Dr Hanim Salleh yang bertajuk “Bicara terbuka, Anak Terpelihara” bersama tiga penelis yang berpengalaman luas iaitu Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Shahar, Dr Alizi Alias dan Puan Rosmawati Zainal.

Dalam perkembangan berkaitan, Prof Hanim turut membacakan kenyataan media berkenaan isu yang dibincangkan dalam seminar di hadapan media-media yang hadir.

“Kesinambungan daripada sidang media itu, satu artikel bertajuk “Tangani cabaran remaja kini” telah  diterbitkan di Harian Metro bertarikh 26 Oktober 2018,” jelas Norhasmah yang juga Ketua Jawatankuasa Pembelaan Wanita dan Keluarga Wanita IKRAM Selangor.

Pada tarikh yang sama ujarnya, Prof Hanim bersama Jawatankuasa Jaringan Wanita IKRAM Selangor, Puan Yuzaila Yusoff telah dijemput sebagai tetamu untuk membicarakan topik “Bicara Terbuka, Anak Terpelihara dalam slot Ala Carte Pagi, Radio Bernama.

“Seminar Keibubapaan Rahmah (SKR) ini juga dirancang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan seluruh negeri Selangor dengan usaha sama badan-badan setempat yang akan dikenal pasti.”

Menurutnya lagi, Jawatankuasa SKR berharap dengan penyertaan yang menyeluruh daripada seluruh lapisan masyarakat di samping mendapat liputan daripada media massa, dapat membuahkan kebaikan kepada penganjuran seminar ini.

Pengerusi Pelitawanis UNITEN-YTN, Datin Halizawati Amir, Yang Dipertua IKRAM Negeri Selangor, Haji Norazmi Mat Noh turut hadir ke seminar ini.

Last modified on Monday, 05 November 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd