wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 24 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019


KAJANG - Karnival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya pada 24 November 2018 bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang bertemakan 'Rahmatan Lil Alamin' dengan kehadiran kira-kira 500 orang pengunjung.

Karnival ini dianjurkan IKRAM Kawasan Kajang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Masjid Jamek Pekan Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, Polis Daerah Kajang dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Karnival yang dirasmikan Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat Abdul Jalil bin Dato Abdul Rani diserikan lagi dengan forum yang bertajuk "Bagaimana Membumikan Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan" oleh dua orang panelis terkenal, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Dai Azam al-Kankari.

"Masyarakat kita pada hari ini hilang qudwah Rasulullah SAW, sepatutnya Rasulullah SAW menjadi role model dalam semua bidang,” kata Dr Mohd Daud.

Jelasnya, Mesej Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk melestarikan kehidupan semua, bukan mesej mainan.

“Dan Allah campakkan perasaan rahmah kepada kita untuk kita sebarkan bukan sahaja kepada orang bukan islam, bahkan kepada binatang, alam sekitar dan sebagainya," ujarnya.

    

Dr Mohd Daud, Dai Azam dan Dr Sharifah Hayaati

Sementara itu, Dai Azam menegaskan bahawa kita perlu menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dan perlu didik anak dan keluarga kita mencintai Rasulullah SAW dan mencontohi sifat rahmah Rasulullah SAW.

“Rahmah kepada semua harus disebarkan dalam masyarakat. Rahmah juga bukan bermaksud bersifat lemah, tetapi kita tegas dengan prinsip dan tidak keras," tambahnya.

Selain itu juga, pada sebelah petang, hadirin dan pengunjung disajikan lagi dengan Ceramah Santai yang menarik dan menyentuh hati hadirin oleh Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail yang mengupas tentang "Rasulullah SAW sebagai agen Penyebar Rahmah".

    

Pertandingan mewarna, bercerita dan azan

Selain forum dan ceramah, karnival yang julung kali diadakan ini disajikan dengan pelbagai acara menarik antaranya Pertandingan Mewarna, Bercerita, Azan, Tilawah, Fesyen Muslimah dan Menghias Cup Cake. Peserta kanak-kanak juga disajikan dengan tayangan filem "Muhammad The Last Prophet" pada sebelah petang.

Di samping itu, karnival ini turut dimeriahkan juga dengan cabutan bertuah serta pameran oleh beberapa agensi antaranya MyCARE, IKRAM MUSLEH, Unit Dana IKRAM Kajang, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Malaysian Against Pornography (MAP) dan pelbagai jualan.

Semoga ruh Rahmatan Lil Alamin dapat dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat dan masyarakat diharapkan dapat menjiwai erti rahmah kepada sekalian alam.

Last modified on Monday, 26 November 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!