wrapper

Berita Terkini

الجمعة 16 رجب 1440   |   Saturday 23 March 2019

SEPANG - Seramai 100 orang belia turut serta dalam program “Sepang e-Sport Tournament 2018” (SET18) pada Ahad lalu di Dewan Orang Ramai Taman Dahlia di sini.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dengan kerjasama IKRAM Kawasan Sepang, Pertubuhan AZAM Muda (AZAM), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan AKSI Muda.

Program ini bertujuan untuk mengedepankan e-Sport dan mengasah bakat-bakat baru di samping memperkenalkan IKRAM Sepang dan AZAM sebagai platform e-Sport anak muda khususnya di Sepang.

“Kita menyambut dengan baik hasrat Tun Mahathir untuk menjadikan Cyberjaya dan Sepang sebagai hub e-Sport Malaysia,” kata Tn Ramadhan Lotphi, Ahli Majlis MPSepang.

“Insya-Allah pada masa akan datang, banyak lagi program e-Sport yang kita akan anjurkan di Sepang,” sambung Sdr Mohamad Syahmi Abdul Rahman, Pengarah SET18.

 

Para peserta SET18 dan Tn Ramadhan Lotphi bersama pemenang pertama, Skuad Eksdi Burden

"IKRAM Sepang sentiasa mencari peluang untuk bersama masyarakat dalam membangunkan bakat dan potensi. Kami percaya setiap bakat dan potensi anak-anak muda hari diasah dan dilentur kearah menyumbang kepada negara kita," ujar Sdr Mohd Hafif Samsudin selaku Jawatankuasa Rabtul 'Am dan Belia IKRAM Sepang.

Dalam pertandingan itu, tempat pertama telah berjaya dimenangi oleh Skuad Eksdi Burden yang membawa pulang RM500 beserta hamper, manakala Skuad Reincarnation membawa pulang RM300 dan hamper di tempat kedua.

Skuad Lighting Gaming di tempat ketiga membawa pulang RM200 dan hamper. Hadiah untuk para pemenang telah ditaja oleh Tn Ramadhan sendiri.

Program ini turun dijayakan oleh anak-anak muda dari Nexus yang bertugas sebagai juri pertandingan. Nexus dipimpin oleh Sdr Muhammad Taufik Johan Idris.

Last modified on Tuesday, 18 December 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!