wrapper

Berita Terkini

السبت 15 شعبان 1440   |   Saturday 20 April 2019


SHAH ALAM - Bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, Wanita IKRAM Kawasan Shah Alam telah mengadakan program Jom Gotong-royong 4R bersama komuniti Denai Alam.

Dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, YB Mohd Najwan Halimi, program tersebut diadakan dengan kerjasama Suara89, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Ketua Wanita IKRAM Shah Alam, Pn Nor Hayati Mohd Yussoff, kempen kesedaran mengenai alam sekitar di negeri Selangor telah mencecah hampir 10 tahun dengan beberapa inisiatif termasuk pengurangan penggunaan beg plastik semasa membeli barang keperluan dan amalan kitar semula sampah.

“Walau bagaimanapun, amalan pengasingan sampah di rumah kelihatan masih kurang sambutan. Walaupun kesedaran tentang kitar semula telah meningkat, pengurusan sampah di rumah masih di peringkat yang rendah,” jelas beliau.

Sebagai tanda sokongan kepada kempen ini, tambahnya, Wanita IKRAM Shah Alam melalui telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil untuk membangkitkan kesedaran ini melalui kempen yang lebih agresif dan serius.

“Beberapa langkah dirangka ke arah sisa sifar akan dilaksanakan dalam tiga kaedah utama iaitu menerusi pencegahan, pembersihan dan alternatif,” ujarnya.

Katanya, selain memberi kesedaran tentang pengurangan sampah dalam empat dimensi (4R - Reduce , Reuse, Recycle & Recover), program ini juga bertujuan memberi ilmu pengetahuan mengenai pengurusan sampah rumah iaitu sisa dapur, minyak dan dedaun yang boleh diamalkan di rumah-rumah dengan efektif.

“Tanggungjawab menjaga alam sekitar merupakan peranan bersama memandangkan alam sekitar merupakan ciptaan Tuhan yang perlu dipelihara demi kelangsungan serta kesempurnaan kehidupan manusia,” tambah Nor Hayati lagi.

Program Jom Gotong-royong 4R yang disertai kira-kira 77 orang peserta telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Jalan Elektron U16/89 dan taman sekitarnya.

Di samping itu, para peserta turut menyaksikan demonstrasi teknik pengurusan sisa dapur dan sampah rumah melalui konsep kitar semula serta demonstrasi penggunaan pengurusan sampah persekitaran dengan penggunaaan composter melalui konsep kitar semula.

Pada hari yang sama, Wanita IKRAM Shah Alam juga mengadakan kempen Zero Waste 4R yang turut dirasmikan YB Najmi di Seksyen 8 di mana peserta didedahkan dengan konsep sisa sifar, bengkel eco-bricks, kaedah pengurusan sampah dapur dan membuat kompos.

Wanita IKRAM Shah Alam turut merancang program kempen 4R ketiga yang bakal diadakan pada 26 Januari ini di Bukit Bandaraya, Seksyen U11.

Last modified on Thursday, 17 January 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd