wrapper

Berita Terkini

السبت 22 المحرّم 1441   |   Saturday 21 September 2019


KUALA LUMPUR - Seramai 20 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Bangsar yang menghadapi masalah rabun mata telah menerima cermin mata percuma tajaan i-Bantu Lembah Pantai dengan kerjasama Syarikat Menara Optometry Centre Sdn Bhd pada 27 Februari di sini.

“Rata-rata pelajar ini merupakan pelajar yang tidak mampu memiliki cermin mata memandangkan kos untuk mendapatkan cermin mata adalah tinggi,” ujar wakil i-Bantu.

Justeru, atas keprihatinan ini, i-Bantu Lembah Pantai mula mengumpul dana dan mencari penajaan cermin mata dikalangan beberapa syarikat dan penderma yang budiman.

“Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang telah menaja cermin mata percuma ini.”

Sehubungan dengan itu, i-Bantu berharap semoga dengan bantuan cermin mata percuma ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah melalui proses pembelajaran yang lebih baik dan berkesan.

Turut hadir dalam penyerahan cermin mata percuma ini ialah Yang Dipertua IKRAM Lembah Pantai, Hj Muhammad Mundzir Mohamed Hatta, Pengarah Urusan Syarikat Menara Optometry Center Hj Amir Husain Rahman Shariff, Timbalan Pengerusi Yayasan IKRAM Malaysia, Hj ​Mahmud Ibrahim dan Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum SK Bangsa,r Pn Siti Maziah Ismail.

Program cermin mata percuma ini telah mula diusahakan oleh i-Bantu Lembah Pantai sejak penghujung tahun 2018 yang bermula dengan program pemeriksaan mata bersama-sama lebih 40 pelajar SK Bangsar bagi mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah rabun mata.

Setelah saringan dijalankan, i-Bantu Lembah Pantai mendapati 20 pelajar memerlukan penajaan cermin mata ini.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook Yayasan IKRAM Malaysia. Untuk menyumbang, sila salurkan sumbangan kepada YAYASAN IKRAM MALAYSIA Maybank 5621 4240 4402 atau layari https://www.i-bantu.org.my/reg/.

Lagi foto majlis serahan: http://bit.ly/freespec-skbangsar

Last modified on Wednesday, 06 March 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!