wrapper

Berita Terkini

الجمعة 16 رجب 1440   |   Saturday 23 March 2019

SERI KEMBANGAN - Golongan suri rumah diseru supaya meningkatkan kapasiti dan pembangunan diri agar mampu memberi sumbangan secara menyeluruh kepada komuniti, masyarakat dan negara.

Menurut Pengerusi Suri Rumah Rahmah (SRR), Pn Nurul Huda Ahmad Nawawi, seruan ini selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2019 iaitu ‘Think Equal, Build Smart, Innovate for Change’ (Fikir Kesaksamaan, Bina dengan Kebijaksanaan, Berinovasi untuk Perubahan).

“Tema ini sangat bertepatan dengan peranan utama suri rumah sebagai tunjang dan tulang belakang utama sesebuah keluarga,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, tugas sebenar suri rumah seharusnya dilihat daripada sudut pandang yang lebih bersifat pogresif di mana mereka adalah individu yang mampu menjadikan setiap inci kehidupan itu lebih baik pada masa sekarang dan juga masa akan datang.

“Sumbangan mereka datang daripada kebijaksanaan mereka menguruskan hal-hal rumah tangga, penyediaan makanan sihat sehinggalah kepada yang paling utama iaitu pendidikan anak-anak.”

Menurutnya, sebagaimana dalam artikel oleh Khazanah Research Institute (KRI) betajuk ‘A Modern Malaysia Needs a More Gender Inclusive Economy’ bertarikh 18 Disember 2018, 60% dari kalangan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah menyatakan bahawa antara sebab utama pilihan tersebut dibuat adalah kerana bebanan kerja di rumah.

“Apabila seorang wanita memilih untuk menjadi suri rumah, maka segala tugasan kerja rumah seolah-olah diletakkan ke atas bahu mereka, sama ada secara rela mahupun tidak,” ujarnya.

Perkara ini tambahnya, tidak seharusnya berlaku sepertimana yang disarankan dalam laporan yang sama agar pemahaman kepada pembahagian tugasan rumah haruslah seimbang antara suami dan isteri.

Dalam pada itu, jelasnya, sudah tiba masanya suri rumah diberi pengiktirafan sewajarnya atas sumbangan mereka ini.

“SRR sedia bekerjasama dengan mana-mana rakan strategik yang berminat untuk membangunkan suri rumah di Malaysia dan dengan tema yang begitu jitu, peranan suri rumah akan terus mendapat perhatian yang saksama dalam masyarakat.”

Nurul Huda turut ke udara di Harmoni Nasional FM hari ini yang membicarakan tajuk ‘Inovasi Suri Rumah Berkerjaya’ sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019.

Sertai Seminar Hari Wanita Antarabangsa | 17 Mac 2019 | http://bit.ly/wacanahariwanita2019

Sertai Pertandingan Fotografi #BerinovasiUntukPerubahan | 15 Mac 2019 | http://bit.ly/iwd-contest

Layari FB Suri Rumah Rahmah | http://fb.com/surirumahrahmah

Last modified on Wednesday, 13 March 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!