wrapper

Berita Terkini

الإثنين 17 المحرّم 1441   |   Monday 16 September 2019


KUALA LUMPUR - MyCARE telah menganjurkan ‘Picnic with Orphans’ bagi meraikan 50 orang anak-anak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz Rohingya pada 16 Mac lalu sempena kempen Bulan Anak Yatim pada bulan ini.

Berlangsung di Taman Botani Perdana di sini, para peserta terdiri daripada penghuni dua pusat komuniti Rohingya di Sungai Tekali dan Puchong serta para pelajar Tahfiz Al-Amin MyCARE.

“Anak-anak ini telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti antaranya ‘Funny Face Sandwich’, sukaneka dan perjalanan mengelilingi taman dengan menaiki Trem,” kata wakil MyCARE.

Terserlah kegembiraan mereka apabila diraikan dengan istimewa sekali.

“Mereka sangat teruja menanti giliran untuk mendapatkan belon masing-masing dari Awang the Clown.”

Beliau berkata, program seperti ini amat dinanti-nantikan mereka pada setiap tahun.

“Walaupun setiap daripada mereka mempunyai kisah dan latar belakang yang berbeza, perbezaan ini tidak menghalang mereka untuk bersama-sama kanak-kanak lain berkongsi kegembiraan.”

Sehubungan dengan itu, pihak MyCARE merakamkan penghargaan kepada para penaja daripada Ara Wonder Cake, Bakso Koplo, Poptouchdesign dan individu yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.

"Saya seronok dapat join aktiviti hari ini, setiap hari saya berdoa agar diberi peluang lagi seperti hari ini," ujar salah seorang anak yatim yang hadir.

MyCARE turut mengucapkan tahniah kepada semua sukarelawannya serta penaja yang turut hadir menyantuni anak-anak yatim ini sepanjang program berlangsung.

Sebarang sumbangan kepada Kempen Bulan Anak Yatim boleh disalurkan kepada:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Rujukan sumbangan : #bulananakyatim
Online : https://www.billplz.com/orange4orphan

Hantarkan bukti pembayaran ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 013-7444760 (Whatsapp).

Lagi foto piknik: http://bit.ly/orphan-pic

Last modified on Tuesday, 19 March 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!