wrapper

Berita Terkini

السبت 22 المحرّم 1441   |   Saturday 21 September 2019


NILAI - Aktivis Persatuan Belia HARMONI Malaysia (HARMONI) Cawangan Kuantan, Saudari Afifah Abdul Shukor, 25, yang telah menerima Anugerah Tokoh Siswa 2018 Kategori Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar di Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 30 Mac lalu.

Afifah merupakan mahasiswa tahun lima jurusan perubatan (MBBS) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga aktivis Belia HARMONI Kuantan.

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Februari 1994, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Sekretariat Perhubungan Awam dan Penglibatan Masyarakat dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM .

Antara pencapaian beliau ialah pernah menerima anugerah 'Best SRC Leader Award' dan 'Outstanding Leader Award' dalam majlis IIUM Student Activity Award 2018. Selain itu, beliau juga ialah Pengurus Program 'Budi Mission to Cambodia' dan 'Leadership Beyond Borders Sydney'.

Majlis Anugerah Tokoh Siswa diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian mahasiswa dan ketokohan mereka dengan pembabitan aktif program berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebanyak 15 anugerah dipertandingkan mencakupi pelbagai aspek seperti kepimpinan, kesukarelawanan, kebudayaan, keusahawanan dan lain-lain.

Menurut Afifah, mahasiswa seharusnya menggunakan platform yang betul dan perlu sentiasa membuat kebaikan dalam apa jua cara mengikut kapasiti masing-masing.

Tahniah kepada Afifah. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang untuk agama, negara dan masyarakat serta menjadi contoh yang positif kepada mahasiswa lain, insya-Allah.

Last modified on Friday, 05 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd