wrapper

Berita Terkini

الإثنين 17 المحرّم 1441   |   Monday 16 September 2019


KUALA LUMPUR -  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli memuji usaha IKRAM MUSLEH dan IKRAM Wilayah Persekutuan mewujudkan sekolah usahawan.

“Syabas kepada pihak sekolah dan pengurusan IKRAM MUSLEH dan IKRAM Wilayah Persekutuan yang mengambil daya usaha mewujudkan suatu tambahan kepada sistem pendidikan kita di peringkat awal menengah rendah ini.”

“Walaupun ia agak baru, namun inisiatif yang diambil adalah suatu usaha yang harus kita puji.”

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan pelancaran Hari Usahawan Sekolah Menengah Usahawan Al Amin Ulu Klang (SMAAUK) kali ke-3 pada 5 April lalu di perkarangan sekolah.

Beliau berkata, dalam perkembangan dunia yang sangat dinamik ini, apa juga sistem yang mengawal kehidupan ini juga akan menjadi dinamik.

“Maka, kita juga perlu yakin kurikulum dan sistem pendidikan sekolah kita sebagaimana negara-negara lain adalah sesuatu yang dinamik, bukan statik,” jelasnya.

“Jadi, kita harus sentiasa menilai dan meneliti keadaan semasa, keadaan masa depan, membuat pelbagai unjuran supaya dapat menyediakan generasi kita untuk mengisi kehidupan pada masa hadapan,” tambahnya.

Sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan, ujarnya, sudah tentu beliau memerlukan kerjasama dengan semua dalam usaha ini dengan melihat keusahawanan sebagai satu cara hidup yang akan mengisi sebahagian besar daripada masa depan generasi akan datang.

Katanya, jika dilihat, apa yang ada di sekeliling, maka kita akan melihat dunia ini lebih luas.

“Banyak peluang-peluang yang ada yang membolehkan kita mencari kehidupan malah meletakkan diri kita sebagai sangat berguna kepada masyarakat, antaranya keusahawanan.” tambah Dr Hatta.

Pada akhir ucapannya, beliau berharap agar SMUAA Ulu Klang ini mampu membuat perubahan yang meyakinkan semua dan Kementerian Pembangunan Usahawan akan menyokong segala usaha-usaha yang baik ini.

“Semoga pelajar-pelajar di sini akan menjadi investor yang berjaya,” harapannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengetua SMUAA Ulu Klang, Datin Wan Norsiah Wan Abdullah ketika ditemui berkata, Hari Usahawan telah dilaksanakan sejak sekolah ini ditubuhkan.

“Ini adalah medan bagi para pelajar membuat perniagaan mereka melalui teori yang telah mereka pelajari, dan kami menekankan tentang program inovasi terhadap projek. Kami merasakan 10 tahun akan datang, pekerjaan adalah berbeza untuk mereka.”

Sebagai contoh ujarnya, orang jual roti canai dah ada 40 tahun yang lalu, mungkin 10 tahun akan datang tentu ada.

“Tetapi, apa bezanya pelajar kami? Mereka adalah yang boleh survive walaupun dengan bisnes dan persekitaran yang ada sekarang. Jadi Hari Usahawan ini memberi peluang kepada mereka secara bebas untuk praktikkan teori yang mereka ada,” jelas Wan Norsiah.

Di samping itu, SMUAA Ulu Klang turut menekankan setiap keuntungan yang mereka perolehi dikhususkan untuk infak dan sedekah kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, mereka telah disarankan meletakkan beberapa peratus keuntungan untuk itu.”

Dalam pada itu, Hari Usahawan SMUAA Ulu Klang ini mensasarkan kehadiran daripada kawasan sekitar iaitu kawasan Taman Melawati dan kepada pelajar sekolah yang dijemput daripada sekolah yang berdekatan.

“Pada tahun ini, kami ada sembilan produk jualan makanan yang telah diinovasikan serta terdapat tiga servis iaitu, pelajar menyediakan satu mini escape room, family entertainment dan menyediakan peluang di mana pelajar boleh menggunakan teknologi yang dibuat.”

Manakala, untuk kafe pula, SMUAA Ulu Klang menyediakan kafe ala santai, sebagaimana yang popular sekarang serta menyediakan sofa untuk keselesaan semua yang berkunjung.

“Sekolah ini tekankan prinsip keusahawann  kepada pelajar. Sekolah ini ada gim dan kami dapat menggunakannya,” kata pelajar SMUAA Ahmad Suhaib Umar Hanafi yang ditemui.

Turut hadir pada Hari Usahawan SMUAA ini ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib, Ahli DPN IKRAM, Prof Dr Hj Sahrim Ahmad, Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Hj Zainal Adnan Abdul Halim.

SMUAAUK ini telah dimulakan pada tahun 2017, memiliki seramai 69 orang pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 3 yang menggunakan silibus penuh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menambah lima jam kurikulum usahawan yang didedahkan kepada pelajar sebagai persediaan mereka dalam dunia perniagaan dan dunia usahawan.

Sekolah dibuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan darjah 6, sama ada yang telah mengambil UPSR atau tidak. Mendapat pendidikan dari sekolah ini adalah menjadi suatu kelebihan kerana ia juga menyediakan kelas tahfiz.

Last modified on Thursday, 11 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd