wrapper

Berita Terkini

الأحد 16 المحرّم 1441   |   Monday 16 September 2019


SERI KEMBANGAN - Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) menyatakan sokongan kepada usaha mewujudkan Akta Kawalan Tembakau sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, baru-baru ini.

Kami melihat langkah mewujudkan akta ini menjadi bukti komitmen dan keseriusan kerajaan dalam usaha mengurangkan prevalen perokok, komplikasi merokok serta kesan bahaya asap rokok kepada masyarakat,” kata Timbalan Yang Dipertua IKRAM Health, Dr Mohd Afiq Mohd Nor dalam satu kenyataan media.

Langkah ini juga menurutnya, boleh menjadi salah satu batu loncatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan visi Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045.

“IKRAM Health akan terus memberi sokongan kepada KKM melalui kempen dan programnya bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta dan NGO seperti Kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR), Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR) dan Johor Bebas Asap Rokok (JBAR).”

Dalam pada itu, Afiq yang juga Ketua Unit Advokasi (Bebas Asap Rokok) menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan dan pelbagai pihak lain dalam inisiatif untuk mengurangkan kegiatan merokok dalam kalangan masyarakat.

Sebelumnya, Rang Undang-Undang akta baru yang sedang dirangka ini akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada hujung tahun ini akan merangkumkan kesemua kawalan ke atas kegiatan merokok, produk rokok, nikotin, e-rokok dan vape.

Selain itu, ketiadaan satu akta yang tersendiri menyebabkan penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi Nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952, manakala peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau pula terletak di bawah Akta Makanan 1983.

Dalam perkembangan berkaitan, semasa Majlis Pengiktirafan Revolusi Bebas Rokok di Tempat Kerja Melaka pada 30 Mac lalu, Menteri Kesihatan berkata, usaha yang dibuat kementerian itu bukan untuk ‘menghukum’ perokok, tetapi bagi melindungi masyarakat, khususnya wanita hamil dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa asap rokok.

Pihaknya yakin usaha itu mampu dilaksanakan walaupun percaya bukanlah suatu tugas mudah melakukan perubahan atau penambahbaikan, khususnya kepada perokok.

Last modified on Thursday, 11 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!