wrapper

Berita Terkini

الإثنين 25 ذو الحجّة 1440   |   Monday 26 August 2019


KUALA LUMPUR - Kempen Semarak Ramadan telah dilancarkan pada Sabtu lalu di Surau At-Taqwa, Sentul Utama di sini, anjuran bersama IKRAM Kawasan Batu (IKB) dan pihak Surau.

Pelancaran kempen ini diserikan dengan ucapan Pemangku Pengerusi Surau, Ustaz Zamin dan Yang Dipertua IKB, Khairul Anuar Kamaruddin beserta serahan kit Semarak Ramadan berupa tiga gegantung (bunting), tiga sepanduk (banner) dan 1,000 helai risalah Ramadan.

Ia berlangsung sempena program ‘Semarak Ramadan dan Hari Khidmat Kesihatan’ bertemakan “Jom Sihat Fizikal dan Minda Sambut Ramadan” dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Antaranya ialah aktiviti kesihatan percuma oleh pasukan perubatan JK Khidmat Masyarakat IKB dan bual bicara kesihatan oleh pakar kardiologi dari Hospital Pakar An-Nur, Dato' Dr Oteh Maskon,” ujar pengarah program.

Selain itu, turut diadakan ceramah ‘Kenali Ubat Anda’ bersama Duta Ubat Hospital Selayang, Encik Samsuri Md Said dan Pegawai Farmasi Hospital Selayang, Puan Saliha serta peraduan mewarna yang telah berjaya menarik penyertaan 70 orang kanak-kanak.

“Pada sesi malamnya pula diadakan ceramah Ramadan oleh Ustaz Sahri Usman, guru dari Sekolah al-Amin.”

“Alhamdulillah, berkat doa dan kerjasama semua, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk,” ujarnya.

Sepanjang program berlangsung, penduduk diajak mengunjungi pameran di reruai IKRAM, Hidayah Centre Foundation (HCF), MyCARE, IMPAK serta pameran poster Ramadan oleh Sahibussamahah Mufti Wilayah Persekutuan.

Jazakumullahu khairan kepada semua yang terlibat terutamanya Pemangku Pengerusi Surau, Ustaz Zaimi dan AJK Surau At-Taqwa serta semua petugas daripada IKB. Semoga Allah meredai usaha kecil kita ini.”

Lagi foto program: http://bit.ly/sr19-ikb-gal

Last modified on Wednesday, 24 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!