wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 24 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019


KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan psikiatri, Mohd Hazreen Abdul Rashid diangkat sebagai juara selepas berjaya mengetepikan 11 peserta lain dalam pertandingan akhir Famelab Malaysia 2019 peringkat kebangsaan pada Jumaat lalu.

Kemenangan Mohd Hazreen, 32, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 selain berpeluang mewakili negara dalam pertandingan Famelab Antarabangsa pada 5 dan 6 Jun depan di Festival Sains Chelthenham di United Kingdom.

“Saya memilih topik pengulangan ketagihan dadah kerana banyak tuduhan dan kecaman yang diterima oleh golongan ini kerana kembali menagih selepas pulih bertahun-tahun.

“Mereka dikatakan jahat dan lemah iman, tetapi masyarakat perlu tahu ia sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor.

“Servis pemulihan dadah adalah salah satunya. Ketagihan dadah ini berlainan mengikut jenis, jadi rawatannya juga berlainan,” katanya yang juga ahli Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik; Pengarah British Council, Sarah Deverall; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

Pertandingan ini berjaya menarik minat seramai 63 pemohon dan seramai 12 orang tersenarai sebagai peserta akhir menerusi tiga tapisan di peringkat negeri yang berlangsung pada Februari hingga Mac lalu.

Famelab dianjurkan oleh MIGHT bersama British Councils serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan pusat penyelidikan profesional, Euraxess.

Persembahan diadili berdasarkan tiga kriteria utama iaitu kandungan, kejelasan dan karisma.

Panel hakim terdiri daripada ahli akademik dan personaliti media termasuk Ketua Bahagian Pembangunan Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr Zaid Omar, Pakar Perunding Kajian Masa Hadapan merangkap penulis, pengarang buku fiksyen serta pakar komunikasi strategik, Dr Liz Alexander, Pegawai Kanan Pentadbiran (Penyelidikan dan Pengetahuan), University of Nottingham, Prof Deborah Hall dan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.

Sumber: Astro Awani
Video Dr Hazreen: http://bit.ly/hazreen-famelab19

Last modified on Monday, 29 April 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!