wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 24 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019


KAJANG - Yayasan Ikram Malaysia telah menyampaikan 185 pasang set telekung baru sumbangan masyarakat kepada para banduan Muslimah di Penjara Wanita Kajang pada Selasa lalu.

Sumbangan diserahkan secara simbolik oleh Ketua Pengurusan Yayasan, Prof Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif kepada Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKP Lim Kim Mooi pada penghujung program Program Israk Mikraj dan Ambang Ramadan.

Program ini diserikan dengan forum yang bertajuk 'Hadiah Buat Ummah' bersama panelis yang terdiri daripada Ustaz Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi yang lebih dikenali dengan PU Razi, dan Yang Dipertua IKRAM Putrajaya, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Sementara itu, Puan Faridah Maludin selaku Pengarah Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga (PAKSI), agensi di bawah Yayasan Ikram Malaysia, bertindak sebagai moderator forum dan pengacara program.

Menurut Ainullotfi, walaupun dengan keadaan hujan renyai-renyai, program yang dilangsungkan di bawah khemah di tengah padang penjara itu agak meriah dan dihadiri oleh lebih kurang 200 orang penghuni Muslimah.

"(Banduan terdiri) daripada yang ditahan reman hingga menjalani hukuman, termasuk juga lima orang banduan akhir (yang menanti hukuman mati)," jelasnya.

Tambahnya, ekoran forum tersebut, sebanyak 12 soalan kuiz beserta hadiah telah dilontarkan kepada para peserta program yang menggamatkan suasana.

"Di samping itu juga, kumpulan nasyid penjara sendiri turut menyampaikan dua buah persembahan."

Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbang sehingga melebihi sasaran awal iaitu pembelian 100 set telekung baharu.

Program anjuran Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama PAKSI, Yayasan Ikram Malaysia dan i-Bantu ini merupakan lanjutan daripada siri program-program sokongan di penjara tersebut secara berkala sejak sekian lama.

Last modified on Thursday, 02 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!