wrapper

Berita Terkini

الإثنين 21 ربيع الأوّل 1441   |   Monday 18 November 2019


BANDAR BARU BANGI - Kumpulan Fawwaz muncul juara pertandingan nasyid kontemporari terbuka, Nasyeed All Stars, mengalahkan 16 kumpulan nasyid lain pada Rabu di Evo Mall, di sini.

Membawakan lagu 'Bakti', kumpulan tujuh anak muda itu menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, hamper, trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, hadiah khas dalam kategori Lagu dan Lirik Terbaik dimenangi kumpulan Putra Nahwan dan kategori Vokal Kumpulan Terbaik diraih kumpulan nasyid wanita, SG Zara.

Naib juara pula dimenangi kumpulan Laskar Khalifa, tempat ketiga Voice of Brothers, keempat SG Zara dan kelima Putra Nahwan.

Hadiah pertandingan nasyid yang bertemakan 'Islam Rahmatan Lil Alamin' ini disampaikan oleh Pengerusi Penerangan dan Perhubungan, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Nahar Md Nor.

    

Persembahan Fawwaz, Laskar Khalifa dan Voice of Brothers

Pertandingan nasyid ini dianjurkan bersama Saff One Management, Lembaga Zakat Malaysia, IKRAM, IKRAMedia dengan kerjasama Evo Mall, Naji Trading, Koko Saff One, Aqifays dan disokong oleh Munsyid Malaysia.

Menurut Pengarah Nasyeed All Stars, Mohd Qhalid Ab Hafiz, sambutan penyertaan nasyid yang julung kali ini diadakan adalah di luar jangkaan yang disertai pelajar sekolah menengah, mahasiswa IPT dan belia.

  

Persembahan Putra Nahwan dan SG Zara

"Kita hanya terima 17 penyertaan. Walaupun banyak lagi kumpulan yang ingin sertai, kita terpaksa tolak," jelasnya.

Hakim pertandingan terdiri daripada tiga orang iaitu Fuzaimi (Saff One), Akmal (Mirwana) dan Kojem (Nowseeheart).

Nasyeed All Stars turut dimeriahkan dengan persembahan khas Saff One, Damai & Friends dan Rabithah serta persembahan jemputan oleh The Rhythm Force (Stompers) dari Kolej Komuniti Hulu Langat yang menggunakan bahan-bahan kitar semula sebagai alat muzik.

Last modified on Friday, 03 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!