wrapper

Berita Terkini

الإثنين 25 ذو الحجّة 1440   |   Monday 26 August 2019


KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM3.5 juta melalui kempen MyRamadan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat Islam yang kurang bernasib baik di 22 buah negara.

“Antara bantuan yang diperlukan berupa pek makanan serta keperluan asas untuk menjalani ibadah puasa,” kata Pengerusinya, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor ketika pelancaran kempen MyRamadan dan Misi Kemanusiaan MyCARE ke Somalia di ibu negara di sini pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar bantuan akan disalurkan kepada rakyat Palestin, Syria serta kem pelarian di Turki, Lubnan, Yaman, Somalia, etnik Rohingya di Bangladesh dan mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.

“Kempen juga dilaksanakan di Malaysia dengan menyasarkan golongan seperti ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.”

Dalam pada itu, misi bantuan kemanusiaan ke Somaliland pada tahun ini akan disertai penyayi terkenal tanah air, Faizal Tahir dan MyCARE akan menyalurkan sebanyak RM100,000 untuk misi tersebut.

“Apabila ada peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan, kita perlu terus buat dan jangan mencari alasan. Tiada alasan untuk tidak melakukannya. Sebagai contoh, saya berharap untuk ke Yaman tetapi terdapat kesulitan. Namun, saya akan ke Somaliland,” ujar Faizal Tahir.

Sebelumnya, bantuan awal makanan telah diagihkan pada pertengahan April lalu dan diteruskan pada minggu kedua Ramadan melalui kerjasama NGO yang terlibat.

“Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada misi kemanusiaan ini dan untuk menyampaikan pesan keamanan, cinta dan harmoni kepada saudara-saudara Islam kita di pelbagai negara termasuk negara saya iaitu Yaman,” kata Duta Besar Yaman Ke Malaysia, Dr Adel Mohamed Ba Hamid dalam majlis tersebut.

Beliau juga turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan juga NGO-NGO Malaysia atas segala sokongan yang diberikan.

Sejak kempen ini diperkenalkan pada 2010, tumpuan utama MyCARE adalah memberi bantuan dan pada peringkat awal, usaha lebih kepada membantu rakyat Palestin dan diperluaskan pada 2014 kepada pelarian Syria, Iraq dan Rohingya.

Orang ramai boleh membuat sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad iaitu 551575004299 (Maybank Islamic), 12092010034904 (Bank Islam), 8602135592 (CIMB Islamic) atau secara dalam talian di https://mycareproject.org/myramadan.

Sumber: Buletin TV3

Last modified on Wednesday, 08 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!