wrapper

Berita Terkini

السبت 21 رمضان 1440   |   Saturday 25 May 2019


ISTANBUL - Wakil IKRAM Muda, Ustaz Muhammad Arham Munir Merican dilantik sebagai Ahli Majlis Syura International Islamic Federation of Students’ Organizations (IIFSO) dalam Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan itu pada 6-7 April lalu di sini.

Seramai sembilan Ahli Majlis Syura IIFSO telah dilantik dengan dipengerusikan oleh Khallad Swaid dari Jerman:

1. Khallad Swaid (Mantan Setiausaha Agung IIFSO)

2. Enes Yalman (Setiausaha Agung IIFSO)

3. Abdel Bettahar (Eropah Barat)

4. Emina Suljevic (Eropah Timur)

5. Mouadh Mbarek (Arab Afrika)

6. Ousmane Diarra (Afrika Barat)

7. Abdurrahman Abdulwahid (Afrika Timur)

8. Mostafa Faisal (Asia Selatan)

9. Muhammad Arham Munir Merican (Asia Tenggara)

Dalam mesyuarat tersebut, Enes Yalman dari Turki telah dipilih sebagai Setiausaha Agung IIFSO baharu menggantikan Khallad Swaid, yang telah dipersetujui oleh kesemua 35 orang perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

  

Arham (dua dari kanan, berdiri) bersama Ahli-ahli Majlis Syura IIFSO dan delegasi Malaysia ke Mesyuarat Agung Tahunan IIFSO 2019

Sementara itu, seramai 17 orang Exco IIFSO yang baharu telah dilantik yang mana Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah dilantik mewakili Malaysia.

Seorang lagi wakil IKRAM Muda, Ustaz Khubaib Muhamad Asmadi turut menghadiri mesyuarat yang bertemakan 'Future Change Makers' itu di samping kehadiran wakil PKPIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

IIFSO merupakan sebuah badan mahasiswa dan belia Muslim peringkat antarabangsa yang telah ditubuhkan seawal tahun 1969 di Aachen, Jerman dengan keahlian terkini melebihi 100 organisasi mahasiswa dan belia dari 60 buah negara.

  

Ucapan Setiausaha Agung IIFSO baharu, Enes Yalman dan barisan perwakilan yang hadir Mesyuarat Agung Tahunan IIFSO 2019

IIFSO juga merupakan salah satu badan konsultansi ekonomi dan sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Daripada sudut sejarah, IIFSO merupakan antara organisasi yang banyak memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran Islam dalam kalangan mahasiswa dan belia Malaysia pada era 1970-an dan 1980-an melalui penerbitan buku-buku tulisan Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Abul A’la al-Maududi dan sebagainya ke dalam Bahasa Inggeris.

Selaku salah satu daripada anggota IIFSO, IKRAM Muda komited untuk memastikan agenda ummah di peringkat antarabangsa dapat digerakkan melalui wadah IIFSO.

Last modified on Wednesday, 08 May 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd