wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ربيع الأوّل 1441   |   Friday 22 November 2019


LOMBOK - MyCARE dan Econsave telah berjaya menganjurkan program Iftar Perdana pada 26 Mei lalu di penempatan Dusun Dasan Baru, pedalaman Lombok Timur.

“Kami berjaya menyediakan juadah dengan lauk seekor lembu dan seekor kambing (akikah) yang kami sembelih, lapah dan siapkan secara gotong-royong,” ujar ketua Misi MyRamadan ke Lombok, Dr Mohd Zin Kandar.

Selain itu, juadah iftar juga turut disediakan melalui usaha gotong-royong oleh penduduk kampung ini dan 14 peserta misi termasuk penyediaan nasi, kari, sup, sayur umbut kelapa dan pelbagai jenis masakan yang menyelerakan.

Program ini dijayakan dengan kerjasama PKPU Human Initiative (Indonesia) yang telah merancang dengan jayanya bersama ketua dan penduduk kampung.

“Kesepakatan sebagai sebuah perkampungan tradisional Lombok masih utuh dan mereka saling meggunakan beberapa rumah di sekeliling masjid untuk menyediakan hidangan yang sangat unik,” ujar Dr Mohd Zin.

Sebelumnya, kehadiran peserta-peserta misi disambut meriah oleh penduduk di sini dengan dihadiahkan mafla tradisional Lombok kepada setiap peserta misi.

Kampung yang berada di pedalaman dengan tanpa jalan tar adalah di antara kampung yang terjejas teruk akibat gempa bumi semenjak tahun lalu. Satu-satunya masjid dan puluhan rumah penduduk runtuh dan musnah.

Dalam ucapan selamat datang, ketua misi, beliau menekankan akan simpati dan ukhuwah atas musibah yang menimpa dan MyCARE akan berusaha membantu sebagaimana tuntutan dalam Islam.

Selain itu, kedatangan misi MyRamadan adalah untuk meninjau perkembangan pembinaan sebuah masjid dan kelengkapannya di samping membawa bantuan bungkusan makanan dan hadiah untuk anak-anak di kampung tersebut.

Last modified on Wednesday, 12 June 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!