wrapper

Berita Terkini

السبت 22 المحرّم 1441   |   Sunday 22 September 2019


KUALA LUMPUR - Lawatan Pre-mission Harmoni to Phillipines 2019 yang disertai seramai enam orang aktivis daripada Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) telah berjaya dijalankan pada 11 Julai hingga 14 Julai lalu.

Lawatan pramisi ini disertai Nurul Natasha Razak (CUCMS) sebagai Ketua Misi, Amir Shouqqie Norull Ahmad (MMU), Muhammad Akhiruddin Abas (USIM), Nur Adila Johri (MMU), Nurul Najihah Ishak (UniKL) dan Nur Asilah Soraya Lokman (UIAM).

Program selama empat hari ini memfokuskan perbincangan bersama rakan-rakan kerjasama di Filipina untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan projek Harmoni Mission pada awal tahun hadapan.

Rakan-rakan kerjasama di Filipina antaranya Asean Youth Leader Forum Phillipines (AYLF PH), Markazossyabab Wal Thullab fi Filibin dan United Muslim-Christian Filipino Association (UMCFA).

“Pramisi amatlah perlu bagi memastikan kesesuaian tempat dan persekitaran sebelum menjalankan misi kemanusiaan,” kata Nurul Natasha.

Menurutnya, pramisi ini juga dianggap istimewa kerana melibatkan beberapa ahli Harmoni Mission 2.0 ke Marawi yang mana misi tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir tahun lalu atas faktor keselamatan. 

  

Perbincangan bersama Markazossyabab Wal Thullab fi Filibin dan lawatan ke Madrasah Manila

Aktivis HARMONI juga melawat beberapa madrasah sekitar bandar Manila seperti Madrasah Metro Manila, Madrasah Manila dan Madrasah Abdul Rahman sangat membantu dalam memahami sistem pendidikan, budaya dan keperluan bagi sesebuah madrasah di Filipina.

Perbincangan bersama Presiden UMCFA turut meyumbang dalam memahami keadaan semasa penduduk di kawasan Baseco. Di samping perbincangan dan pertukaran ilmu, beberapa sumbangan turut diagihkan kepada kanak-kanak di sana berupa pek alat tulis, kit kesihatan dan goodies bag.

“Disangkakan keadaan luar kawasan Baseco sudah cukup mengejutkan diri untuk bersyukur, namun menjejaki kawasan Baseco dengan lebih dalam membuatkan diri rasa sangat bersyukur menjadi warganegara Malaysia tercinta,” kata Muhammad Akhiruddin.

  

Agihan goodies bag dan kit kesihatan di sekitar Baseco dan agihan pek alat tulis di Madrasah Abdul Rahman, Baseco

Semoga lawatan pramisi kali ini berjaya mencapai objektifnya sekali gus menghasilkan projek-projek yang memberi kebaikan jangka masa panjang buat penduduk di Filipina, insya-Allah.

Ikuti maklumat lanjut tentang misi-misi kemanusiaan Harmoni Mission di laman media sosial rasmi berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/HARMONImission/
Instagram: https://instagram.com/harmonimission

Last modified on Wednesday, 17 July 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd