wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ربيع الأوّل 1441   |   Saturday 23 November 2019

KUALA LUMPUR - Seramai 15 orang kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menimba pengalaman dengan melakukan lawatan ke Parlimen Malaysia pada tengah hari Isnin, 15 Julai lalu.

Lawatan yang diketuai Eksekutif IKRAM, Saudara Awang Ilham Awang Keri bertujuan memberi pendedahan tentang Parlimen Malaysia, fungsi dan peranannya dalam perundangan dan tadbir urus negara.

Selepas makan tengah hari dan solat Zuhur, para kakitangan memasuki Dewan Rakyat yang sedang berlangsung Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 dan mendengar perbahasan menarik mengenai RUU Akta Guaman Syarie yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Setelah itu, rombongan diberi peluang masuk ke Dewan Negara dan ruang galeri Parlimen Malaysia sambil mendengar penerangan daripada pihak pengurusan Parlimen Malaysia.

  

Mengambil kesempatan bergambar bersama Datuk Seri Dr Mujahid serta Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus 

Kakitangan turut melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,  YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon. Mereka disambut mesra oleh Dato’ Rashid dan pegawai-pegawainya.

Beliau berkongsi info tentang Parlimen Malaysia berbanding dengan negara-negara lain, pengalaman mengendalikan sidang Dewan Rakyat, menjawab pelbagai soalan berkaitan parlimen serta memberikan nasihat-nasihat berguna dalam aspek kepemimpinan. 

“Lawatan ini mendedahkan kepada para kakitangan IKRAM tentang fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dan suasana perbahasan persidangan sebenar Parlimen yang mendorong kakitangan untuk berfikir secara kritis dan profesional,” kata Pengurus Pentadbiran Sumber Manusia, Hj Rosli Ahmad.

Tambahnya, kakitangan juga didedahkan tentang etika dan protokol semasa upacara rasmi seperti persidangan Dewan Rakyat.  

  

Berada di dalam Dewan Negara dan bergambar bersama Dato' Hj Rashid di hadapan pejabat beliau

“Jelas sekali, setelah melihat sendiri bagaimana bermulanya persidangan serta etika-etika yang perlu ada ketika menteri mengutarakan bicara, adalah satu pengalaman yang baru bagi kami,” ujarnya.

“Melalui lawatan ini, kita dapat mengetahui dan melihat sendiri proses bagaimana rang undang-undang diluluskan, dibentang, apa peranan setiap orang di dalam dewan, tugas-tugas Bentara Parlimen dan peraturan-peraturan di dalam dewan,” kata Eksekutif Grafik, Nur Syazwani Ab Wahid.

Semoga lawatan ini memberikan pengalaman berharga untuk kakitangan IKRAM dalam aspek perjalanan sesebuah parlimen, tadbir urus negara dan kepemimpinan, insya-Allah.

Last modified on Friday, 19 July 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd