wrapper

Berita Terkini

الأحد 23 المحرّم 1441   |   Sunday 22 September 2019


KUALA LUMPUR - Ensiklopedia dalam talian mengenai Masjid al-Aqsa yang pertama di dunia, ‘Aqsapedia’ telah dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds Malaysia (QFM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semalam.

Boleh dilayari melalui http://aqsapedia.net/, ensiklopedia ini akan berperanan sebagai sumber maklumat dan bebas dan boleh dipercayai mengenai tempat suci ketiga umat Islam itu tanpa pengaruh propaganda jahat Zionis.

Datuk Seri Mukhriz berkata, laman web ini menyediakan rujukan yang boleh dipercayai untuk tujuan kajian dan pembelajaran dengan fakta yang tepat serta komitmen dalam memelihara dan melindungi masjid suci itu.

“Aqsapedia memaparkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai tentang semua yang bersangkutan dengan Al-Aqsa tanpa sebarang propaganda atau cerita dongeng puak Zionis,” kata beliau dalam ucapan pelancarannya di Hotel Putra KL.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif QFM, Dr Shariff Amin Abu Shammala, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Penasihat Sadaqa Mulia Indonesia, Ustaz Nor Khaliq Ramadan, Pengerusi Asia Pacific Community for Palestine (ASPAC) Ustaz Oke Setiadi Affendi dan tetamu kehormat dari pelbagai negara, NGO serta institusi lainnya.

Ensiklopedia dalam talian itu tersedia dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Malaysia dan Indonesia, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Arab.

Dibangunkan bersama oleh QFM dan MyCARE, Aqsapedia merupakan usaha berterusan untuk memerangi propaganda Zionis yang berniat jahat untuk mengambil alih dan merubah al-Aqsa menjadi milik yahudi.

Maklumat yang terkandung dalam Aqsapedia berdasarkan metodologi saintifik yang termasuk al-Aqsa dalam Islam, sejarah dan seni bina.

Sumber: Bernama | MyCARE
Kredit foto: FB Mukhriz Mahathir FC

Last modified on Wednesday, 21 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!