wrapper

Berita Terkini

السبت 22 المحرّم 1441   |   Sunday 22 September 2019


KUALA LUMPUR - IKRAM Muda FC (IMFC) berjaya menjulang trofi pertama dalam sejarah apabila menjadi juara liga Selangor Social Premier League (SSPL) Divisyen 2.

Perlawanan akhir yang telah berlangsung di Padang KLFA, Taman Melati pada 15 Ogos lalu menyaksikan IMFC menewaskan Ganda Perang FC dengan jaringan 2-1.

"Ini adalah kejohanan pertama dan trofi pertama IMFC sejak ditubuhkan pada Januari lalu," kata Ketua IKRAM Muda, Mohd Hafiz Abd Hamid yang turut hadir memberikan sokongan.

Pasukan yang dipimpin Don Faris sebagai kapten berjaya memulakan perlawanan dengan tempo dan rentak IMFC.

Namun Ganda Perang FC memanfaatkan peluang hasil kekeliruan di pertahanan IMFC dan rembatan daripada bahagian kiri berjaya menewaskan penjaga gol IMFC.

Serangan demi serangan oleh IMFC kemudiannya membuahkan hasil, dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Sepakan penjuru yang diambil Belong kemas ditemukan Suhail yang mendapat ruang untuk 'free header' untuk menjaringkan gol penyamaan degan 1-1 pada separuh masa pertama.

IMFC kemudiannya memulakan separuh masa kedua dengan tempo yang lebih tinggi dan berjaya mengawal kebanyakan pemilikan bola di kawasan lawan.

Seperti juga separuh masa pertama, IMFC memperoleh 'set-piece' pada hujung perlawanan setelah Wok dijatuhkan di garisan kotak penalti dan sepakan percuma diberikan kepada IMFC.

Kapten Don Faris mengambil sepakan percuma dan menghasilkan gol cantik yang menjadi gol kejohanan, menewaskan penjaga gol Ganda Perang FC.

"Kejohanan pertama dan trofi pertama, trofi ini pasti terpahat dalam sejarah IMFC dan juga ingatan para penonton, penyokong dan pemain," kata Hafiz.

Beliau melahirkan penghargaan kepada para penyokong IMFC yang hadir daripada awal sehingga tamat perlawanan dan mengharapkan sokongan yang berterusan dalam perlawanan Liga M4.

Last modified on Wednesday, 21 August 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!