wrapper

Berita Terkini

الإثنين 21 ربيع الأوّل 1441   |   Monday 18 November 2019


IPOH - Sekolah Menengah Al Hidayah Ipoh (SMAH) dan Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar (SRAHSI) masing-masing menerima anugerah Pencapaian Terbaik SPM dan Pencapaian Terbaik UPSR bagi kategori Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri Perak bagi tahun 2018.

Kedua-dua anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak Tahun 2019 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di sini, hari ini.

Guru Besar SRAHSI, Ustazah Noor Fazila Othman ketika ditemui selepas majlis berkenaan menyatakan rasa syukurnya dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berusaha ke arah kecemerlangan UPSR bagi tahun 2018.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Rasa sangat gembira dan terima kasih kepada semua guru-guru SRAHSI. Anugerah ini adalah berkat usaha tekun semua guru serta murid-murid, juga sokongan daripada ibu bapa dan Jemaah Pengurusan Sekolah SRAHSI,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengetua SMAH, Ustazah Khairiah Ismail menyatakan harapannya agar anugerah ini menjadi titik tolak kepada seluruh warga Al-Hidayah khususnya dan seluruh warga pendidik di Perak amnya agar terus bertungkus-lumus meningkatkan prestasi masing-masing supaya kecemerlangan pelajar akan terus dapat ditingkatkan.

SMAH telah mengungguli anugerah yang sama berturut-turut sejak tahun 2013 walaupun gagal mengekalkannya pada tahun 2017.

Dalam majlis yang sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 106 penerima meliputi pelbagai peringkat dan kategori selain turut menyampaikan Sijil Pengajian Masjid kepada 49 penerima.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2019 kepada dua warga pendidik iaitu Rogayah Kassim dan Megat Aznir Megat Said serta Anugerah Tokoh Guru Tahun 2019 kepada Abdul Hamid Mohamad.

Sumber: Perak Insights

Last modified on Friday, 11 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd