wrapper

Berita Terkini

الإثنين 21 ربيع الأوّل 1441   |   Monday 18 November 2019


SERI KEMBANGAN - Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad (IKRAM MUSLEH) sangat kesal dengan tajuk kategori Bahasa Inggeris yang telah diberikan kepada para pendebat sempena program Debat Pelajar Piala Tun Razak 2019 anjuran Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban baru-baru ini.

"Kedua-dua tajuk yang diberikan telah menghina kemuliaan kitab suci al-Quran dan keunggulan syariat Islam," kata Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Kedua-dua tajuk tersebut ialah:

b) Given the ability to rewrite the Quran, this House, as moderate Islamic scholars, would republish a new version of Quran with contents vulnerable to to radical misinterpretation removed.

c) A solid irrefutable evidence was found which proves that being homosexual is not a sin in Islam. There is no direct commandment from God regarding this, and it is instead a law decreed thousands of years ago from ijtima whose judgements were clouded by inherent homophobia. This House would not disclose this evidence.

Menurut Ustaz Megat Mohamed Amin, tajuk (b) memberi keraguan ketara ke atas kesucian ayat-ayat al-Quran sebagai kalamullah dan menyamakan ayat-ayat al-Quran dengan penulisan manusia.

"Sesungguhnya al-Quran adalah kalamullah, Rabbulalamin (berdasarkan surah as-Sajdah ayat 2 dan surah al-Israa’ ayat 106)," tegasnya.

Manakala tajuk (c) pula memberi keraguan ketara mengenai kejelasan hukum pengharaman homoseksualiti dalam syariat Islam.

"Kerana hakikatnya homoseksualiti adalah penyimpangan seks dan perbuatan keji yang dapat merosak akal fikiran dan akhlak manusia serta perbuatan homoseksualiti adalah diharamkan dalam Islam."

Tambahnya, IKRAM MUSLEH menegaskan bahawa pihak penganjur program iaitu SDAR sewajibnya mengambil tanggungjawab penuh atas kesalahan besar ini dan mereka wajib memohon maaf dengan penuh penyesalan. IKRAM MUSLEH juga memohon agar tajuk bernuansa liberal seperti itu dihindarkan pada masa akan datang.

"Kami menyeru semua pihak khususnya mereka yang bertanggungjawab dalam dunia pendidikan, agar memastikan agama Islam tidak dipersenda dan isu-isu sensitif tidak disentuh dalam program begini."

Sebelumnya, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) turut membantah sekeras-kerasnya tajuk debat ini dan mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang telah melanggar tatacara penetapan tajuk yang telah digariskan KPM serta tidak bertoleransi dengan isu-isu yang menyentuh akidah umat Islam.

Last modified on Friday, 18 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!