wrapper

Berita Terkini

الإثنين 21 ربيع الأوّل 1441   |   Monday 18 November 2019


KUALA LUMPUR - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah mengadakan Pameran Humanitarian Operations Experience (HOPE) 2019 sempena Hari Pengurangan Risiko Bencana Sedunia pada 13 Oktober setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shahrul Anwar, ia sebagai usaha meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.

"Secara asasnya, objektif utama kami adalah untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat di negara ini agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bencana," kata beliau ketika Pameran HOPE 2019 pada Ahad lalu di Dewan KL Tzu-Chi Jing Si.

Tambahnya, pihaknya mahu mencipta kesedaran agar masyarakat tahu apa perlu dibuat dan tidak takut serta kelam-kabut sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UPNM, Prof Madya Dr Azizi Miskon berkata, pameran itu juga sebagai satu platform untuk menambah jaringan kerjasama antara organisasi bagi membincangkan isu dan cabaran dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.

"Kami di UPNM cuba membuat kajian apa berlaku sebelum, semasa dan pada masa akan datang dengan harapan satu hari nanti UPNM bersama NADMA dapat membuat satu bentuk prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diterima pakai oleh pelbagai badan sukarelawan supaya bantuan dapat disampaikan kepada yang memerlukan," ujarnya.

Dirasmikan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ahmad Sharizan Said, pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu turut dianjurkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.

Pameran HOPE 2019 bukan sahaja memaparkan gambar kehidupan mangsa yang terselamat daripada beberapa negara yang menghadapi konflik peperangan dan bencana alam seperti di Palestin, Myanmar dan Syria, namun merangkumi juga sesi forum, stimulasi gempa bumi dan demonstrasi penyelamat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Sumber: Bernama
Lagi foto pameran: http://bit.ly/mycare-hope2019

Last modified on Friday, 18 October 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!