wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


KUALA LUMPUR - Bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Kuala Lumpur Sejahtera’, buat julung kalinya Karnival IKRAM Kuala Lumpur 2019 (KIKL ‘19) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 November lalu di AEON Mall AU2, Setiawangsa, di sini.

Program telah dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Ammar Faris dan diteruskan dengan kata aluan Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Hj Zainal Adnan Abdul Halim.

“Karnival yang diadakan ini bukan sekadar tempat untuk keluarga berkumpul, tetapi karnival ini juga menjadi medan memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah NGO dakwah, tarbiah dan kebajikan, IKRAM telah pun menubuhkan pelbagai agensi dan institusi bagi menyumbang ke arah pembinaan masyarakat madani berlandaskan syariat Islam.

  

Bengkel melukis, mewarna dan persembahan badut

“Institusi keluarga perlu saling memahami antara ibu bapa dan anak-anak. Selain itu, ahli keluarga perlu menekankan aspek tafahum dan takaful, iaitu saling memahami dan melindungi,” kata Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam ucapan perasmian karnival.

KIKL ‘19 yang menyediakan pelbagai aktiviti, pengisian dan pameran yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga, telah dihadiri kira-kira 1,000 orang pengunjung.

“Saya mengalu-alukan penganjuran karnival sebegini dan program-program seumpama yang memberi manfaat kepada masyarakat secara umum,” kata wakil Ahli Parlimen Sitiawangsa yang juga merupakan Pengerusi MPP Zon Setiawangsa, Puan Haslina Abdul Samad.

Sebagai menghargai sumbangan dan menampilkan tokoh dalam kalangan ahli, acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh IKRAM Kuala Lumpur.

Anugerah ini telah diberikan kepada Saudara Muhammad Zulhimi Bachok (Tokoh Pemuda), Puan Faridah Maludin (Tokoh Aktivis Masyarakat), Hj Nazeli Jaafar dan Puan Umi Kalthum Hassan (Tokoh Aktivis Dakwah) dan Ustaz Alias Othman (Tokoh Murabbi). 

  

Hj Nazeli, Pn Umi Kalthum dan Ustaz Alias menerima anugerah

Karnival turut diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan Saff One, The Prophecies dan Feel One serta tidak ketinggalan persembahan daripada kumpulan nasyid guru Sekolah Rendah Islam Al Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP), Soutul Muallim dan juga para pelajar sekolah ini, Soutul Aulad.

Seterusnya slot Bicara Wanita Rahmah menampilkan Prof Datuk Dr Harlina Haliza Hj Siraj dengan pengisian ringkas tetapi cukup bermanfaat. 

Beliau berkongsi pelbagai panduan kekeluargaan termasuk definisi keluarga, perancangan keluarga dan tip-tip membina keluarga yang bahagia terutamanya dalam mendepani kehidupan yang sibuk dan mencabar di bandar raya Kuala Lumpur.

Karnival diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Kedamaian’ oleh Saudara Anuar Salleh yang juga merupakan ahli IKRAM Lembah Pantai. 

“Karnival yang tamat pada jam 6.00 petang ini dilihat telah berjaya mencapai sasarannya iaitu untuk memperkenalkan IKRAM dan institusinya, dan juga menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu menarik pengunjung,” kata Pengarah karnival, Hj Madhadzir Hassan.

  

Gerai pameran 'Kenali Ubat Anda' dan cabutan bertuah

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pengunjung yang hadir ke KIKL ‘19 dan juga kepada urus setia yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran penganjuran karnival ini.

ADUN Hulu Kelang, YB Hj Saari Sungib, Ketua IKRAM Muda, Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid, Yang Dipertua IKRAM Selangor, Hj Norazmi Mat Noh dan sebahagian Yang Dipertua IKRAM kawasan sekitar Kuala Lumpur turut hadir memeriahkan karnival ini.

Karnival IKRAM Kuala Lumpur 2019 (KIKL ‘19) diadakan sempena genapnya 10 tahun penubuhan IKRAM pada tahun ini, yang diluluskan penubuhannya pada 22 Oktober 2009.

Last modified on Thursday, 21 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!