wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Monday 09 December 2019


KUANTAN - Aktif dalam program khidmat masyarakat dan cemerlang akademik, ahli IKRAM Kuantan, Saudara Nasrul Arif Zakria, 23, telah menerima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke-14 baru-baru ini.

Anugerah telah disampaikan oleh KDYM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada beliau yang merupakan penerima Ijazah Kelas Pertama dengan gred 3.72 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

Anak bongsu daripada lima beradik ini memilih untuk menggunakan masa dengan belajar atau berlatih ilmu baharu seperti membuat reka grafik atau menyunting video dan lain-lain yang mana mungkin berguna untuk masa akan datang sekali gus menjadi nilai tambah untuk dirinya.

Menurut Nasrul Arif, selagi mampu, beliau akan membiasakan diri menyertai program kesukarelawanan kerana ia dapat membuka minda dan menyedarkan kita bahawa ramai orang di luar sana yang memerlukan pertolongan.

“Jika kita mempunyai kelebihan, bantu orang lain yang mungkin mengalami kekurangan, supaya keadaan persekitaran akan menjadi seimbang, malah kita akan dapat lebih lagi,” tambah beliau yang juga penerima Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut.

Selain itu, beliau juga meminati bidang pengucapan awam. Beliau turut serta dalam program 'I Am Survivor' anjuran Alumni UMP selama tiga tahun berturut-turut bermula dari 2017 sebagai penceramah motivasi kaedah pembelajaran di UMP, di samping menjadi fasilitator program dan panel forum pada 2018 dan 2019.

AJK Penaja Persatuan Belia Harmoni UMP dan bekas Exco Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 4 (Peka 4) ini merupakan seorang pembantu penyelidik kepada Dr Munira Abdul Razak, pensyarah Pusat Bahasa Moden sejak 2016, yang telah memenangi pingat emas dalam beberapa pertandingan inovasi kategori sains sosial peringkat UMP dan kebangsaan.

Turut berkhidmat sebagai pekerja bebas (freelancer), Nasrul Arif bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan sendiri, Nazethics Solution dalam bidang perekaan grafik dan pembinaan yang kini dalam proses pendaftaran.

Tahniah Nasrul Arif. Semoga beliau menjadi contoh sebagai seorang dai yang komited, istiqamah dalam dakwah, tarbiah dan kebajikan. Semoga pengalaman, kepimpinan dan kewibawaan beliau akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha gigih mencapai impian dan kejayaan dalam bidang yang diceburi, insya-Allah.

Kredit: FB UMP Malaysia | FB IKRAM Kuantan

Last modified on Thursday, 21 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd