wrapper

Berita Terkini

الأحد 3 شعبان 1438   |   Monday May 01 2017
Friday, 07 April 2017 00:00

RUU 355: Hentikan Polemik, Kerajaan Ambil Tanggungjawab

Rate this item
(2 votes)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
7 April 2017 / 10 Rejab 1438H

RUU 355: HENTIKAN POLEMIK, KERAJAAN AMBIL TANGGUNGJAWAB  

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti isu RUU 355 secara dekat dengan perkembangan terkini ia telah dibentang dan disokong di Parlimen pada 6 April 2017 (Khamis), tetapi ditangguhkan perbahasannya.

Presiden MIC kemudiannya mendedahkan bahawa apa yang berlaku dalam sidang Parlimen, iaitu pembentangan usul sahaja tanpa sebarang perbahasan, telah dibincangkan dan disepakati dalam Mesyuarat Majlis Barisan Nasional minggu lepas.

IKRAM ingin menegaskan kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan pada 31 Mei 2016 bahawa Kerajaan adalah pihak yang paling wajar untuk mengemukakan pindaan ini ke Parlimen. Kenyataan tersebut dapat dibaca pada pautan berikut: http://bit.ly/2lfwjtg

Penangguhan perbahasan ini telah menyebabkan masyarakat terus berpolemik, saling salah menyalahkan dan yang lebih parah sehingga membawa kepada tindakan mengkafirkan pihak yang dikatakan tidak menyokong usul tersebut. IKRAM menyeru agar polemik ini dihentikan.

IKRAM sekali lagi menyarankan agar pihak Kerajaan mengambil tanggungjawab bagi menguruskan pindaan ini mengikut tatacara dan amalan biasa. RUU 355 telah beberapa kali dipinda oleh pihak kerajaan dengan jayanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada Mei 2014, telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah yang terdiri daripada para pakar Undang-undang dan Syariah, bagi mengkaji perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah.

IKRAM menyarankan agar Kerajaan merujuk kepada Jawatankuasa ini dalam melakukan sebarang pindaan dan penambahbaikan secara menyeluruh. Jawatankuasa ini boleh melakukan kajian secara mendalam serta berbincang dengan pelbagai pihak dan pemegang taruh sebelum membangunkan satu rang undang-undang yang mantap dan disepakati.

Kerajaan adalah pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab bagi menguruskan semua pindaan undang-undang. Adalah wajar kerajaan meneruskan tanggungjawab ini!

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 10355 times Last modified on Friday, 07 April 2017 10:44

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd